Ilmu BUKAN
PADA KITAB atau buku,, tetapi, ilmu itu ADA PADA DADA
- ***Tak kisah la berapa banyak pon buku-buku yang
tersusun cantik kat atas meja study tu, tak bermakna juga kalau anda tak
menggunakan masa dan kesempatan yang ada untuk ‘membedah’ apa isi kandungan
buku-buku tu. Betapa beruntungnya anda
menjadi golongan yang menuntut ilmu (yang sedang belajar di university, kolej,
politeknik dan sebagainya) sedangkan ramai yang diluar sana tidak bernasib baik
seperti anda. Allah telah mengurniakan kelebihan dan rezeki untuk anda. Kita
kat Malaysia ni dapat belajar dengan aman tenteram, selesa, jadi, gunakan
nikmat yang Allah bagi untuk menjadi insan yang berbudi di bumi Allah.
- ***
Mungkin ada yang ckap ‘alah, budak2 skema je
suka baca buku ni’ hah, bila dah dengar ayat macam ni, sipulan2 pon terasa
malas nak stdy. Stdy last2 minit–
Asalkan niat kita betol, study sebab nak dapat ilmu, nak lekatkan ilmu kat dada
tu dan mggunakan masa yang terbek . Itupon dah ckup, kita buat apa yang Allah
suka k. Tak perlu mencari redha manusia, x kemana pon kita nanti, carilah redha
Allah, kerana itu yang terbaik!
- ***Ada gak yg cakap ‘Alah, aku study last minit pon
boleh skor’ – kepada golongan yang macam ni, tahniah, Allah dah bagi kelebihan
kepada anda. Tetapi, kena sentiasa beringat juga, segala kebaikan, kekuatan dan
pertolongan adalah datang dari Allah juga. Bersyukur la selalu.
- ***
Ada juga yang niat, usaha dan cara stdy mereka
sangat excellent, namun, ble keluar je result exam, hampa kecewa dan sebaginya
kerana tak mencapai target. ‘Aku dah stdy giler2 dah, tapi bile exam je,,
hmmmmmm’ ‘ aku rase aku stdy lagi banyak
dari dye, tp knp dye plak yang skor lgi tggi dari aku?? Kiahuaaa?? - Jangan biarkan persoalan hidup membelenggumu,
Allah menjadikan persoalan bukan untuk menyiksamu. Tetapi Allah sedang
mendidikmu menjadi orang kuat. Hadapilah
setiap persoalan dengan kesungguhan kerana pertolongan Allah beserta usaha
kerasmu! Jadikan apa yang berlaku sebagai ujian, jangan mudah berputus asa,
mungkin sudah rezki kita berada pada tahap itu sahaja. Sy juga pernah merasa
situasi yang sama. Tapi bila difikir balek, mgkin Allah mahu menguji kita sejauh mana keikhlasan kita. Tak mahu
kita lalai dan mahu kita terus berusaha bersungguh-sungguh. Tapi percaya lah,
Allah akan mudahkan urusan kita, mungkin pada hari dan waktu yang lain.
Berdoalah, mintalah kepada DIA. Bergembiralah wahai hati, hidup terlalu singkat
untuk memikirkan perkara2 yang
meresahkan hati. Allah xkan menguji hambaNYA melainkan dengan kemampuan
mereka.
- ***Tapi bagi sy, perkara yang paling manis adalah
apabila kita dah usaha bersungguh2 dalam sesuatu perkara dah kemudian
bertawakal kepada Allah. Dada menjadi
lapang, contohnya, kalau kita dah struggle sungguh2 ni, jawab exam bgi yang terbek dan termampu. Result, lulus
atau gagal, cemerlang atau memuaskan, kita serahkan kepada Allah. Apa juga
result yg keluar lepas ni, semua ditangan Allah, terima dengan redha dan
berlapang dada. Kita xkan merasa kecewa kalau result yang keluar tu x macam
yang kita jangkakan . Sebab? Sebab Kita dah usaha yg terbek, klau Allah dah
bagi rezki had tu je, terima k,, tapi kalau Berjaya memperoleh dekan atau
pointer yg cantik, bersyukurlah, Allah telah ‘membayar’ usaha kita tadi.
Alhamdulillah.. indahnya perasaan itu =)
- ***
Sebaik-baik motivator adalah diri sendiri, dunia tempat bercucuk tanam, akhirat tempat
pembalasan, yakinlah janji Allah itu pasti. Setiap yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Kerana Allah maha mengetahui, apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.
Bercakap menulis mungkin senang, tapi nak praktik memang susah. Sama2 baiki
diri, cintailah Ilmu, kerana Allah akan mengangkat darjatmu.
-
***Sekali lagi, Betulkan niat belajar kerana Allah,
sebab, ilmu yang kita nak pelajari ini juga merupakan ilmu Allah. Semoga Allah
permudahkan urusan kita dalam menuntut ilmuNYA.
- ***Definisi ilmu yg dimaksudkan bukan hanya ilmu
yang kita belajar kat sekolah, university dan sebagainya. Ilmu boleh dicari
dengan cara membaca buku2,blog2, menghadiri ceramah agama dan sebagainya yang
meningkat pengetahuan anda. Jadikan kehidupan harian kita sebagai ibadah.
InsyaAllah.
Tips belajar
-
Ingat mengingati (muzakarah)
-
Melazimi (mudabaratun)
-
Merujuk kembali (muraja’atun)
-
Menghafaz (muhabbazah)
Sungguh, Allah BERPALING dari PEMBUANG MASA!
Allah
mengangkat darjat dua golongan iaitu
-
1. Orang yang mempunyai iman di antara kamu. Iman
ialah keyakinan yang benar-benar mantap terhadap Allah.
-
2. Dan golongan kedua ialah golongan yang menuntut
ilmu. Alhamdulillah, akan gugur dosa-dosa besar bagi umat Islam yang sedang
menuntut ilmu disamping Allah juga akan melimpahkan rahmat-NYA kepada sesiapa
yang mencintai ilmu. Namun, niat untuk menuntut ilmu juga penting. Jika niat
kita kerana Allah, in syaa Allah, ilmu yang akan kita pelajari itu menjadi
berkat dan juga mendapat keredhaan Allah. Suka juga saya mengingatkan diri
sendiri supaya sentiasa perbetulkan niat belajar, kerana, ilmu yang saya ingin
pelajari ini juga merupakan ilmu Allah. Jadi, sentiasa lah berdoa untuk
menjadikan ‘pekerjaan’ menuntut ilmu ini sebagai ibadah yang diterima oleh Allah..
in syaa Allah.
Beza orang
yang beriman dan orang yang menuntut ilmu
-
- Orang yang beriman akan dinaikkan darjatnya
sebanyak satu darjat.
- -
Tetapi, orang yang berilmu akan dinaikkan 700
darjat kepadanya dan setiap satu tingkat ke tingkat yang lain bezanya adalah
sebanyak 500 tahun. Subhanallah..
Ciri-ciri
pelajar cemerlang
1.
Menjaga Masa : Allah berpaling dari pembuang
masa.
2.
Ilmu adalah keutamaan: Ilmu itu nasihat, member
senang, menerima susah. Ilmu juga cerminan diri. Setiap yang menuntut ilmu,
pasti akan berubah kepada kebaikan. (menuntut ilmu kan mendekatkan diri dengan
dengan Allah, jadi berubah kepada kebaikan itu x mustahil)
3.
Ilmu kerana Allah, bukan kerana dunia: ‘Belajar
bukan kerana Allah, tak berkatlah ilmunya’ (Imam Ghazali). Seperti yang saya
tulis diatas, redhalah dengan segala ketetapan yang telah Allah tetapkan.
Bersyukurlah dengan ujian Allah dan gunakan nikmat yang Allah bagi dengan jalan
yang betol dan diredaiNYA. Belajar kerana Allah dan bukan niat untuk
menunjuk-nunjuk!
4.
Amal : Belajar 100 tahun, himpun 1000 kitab,
belum tentu dapat rahmat tanpa amal (Imam Ghazali). Disamping menuntut ilmu,
menjaga pandangan(dari melihat benda2 lucah, kotor), telinga (dari umpatan, fitnah,gossip), mulut
(fitnah, mengumpat, makian) untuk menjaga kesucian hati, agar ilmu senang nak
meresap masuk. Allah juga berfirman
‘Manusia tidak akan dapat apa-apa kecuali
yang diamalkannya’ (an-Najm: 39)
Namun, Islam juga tidak menghalang untuk kita
berhibur, berhibur cara Islam, bergaul juga dengan cara yang ditetapkan Islam.
5.
Melazimi taubat: Tubat kepada Allah dengan dosa2
lampau yang telah kita lakukan. Kita manusia biasa, tak lari dari melakukan
dosa. Iman kita juga ada turun naiknya. Tak semestinya luaran nampak baik, hati
pon baik, manusia, tetap ada cela nya kerana DIA sahaja yang Maha sempurna. Biarlah
Allah yang menghakimi segala-galanya. Sunnguh,
Allah maha Pengampun dan penyayang.
6.
Ikhlas: Sentiasa ikhlaskan hati, positifkan
diri. Apa yang kita bagi kepada dunia, dunia akan bagi kepada kita. Positif
yang kita beri, positif juga yang kita akan dapat. In syaa Allah. Bahagia itu
apabila membahagiakan! Ikhlas kan diri, jangan suka menunjuk dan riak dengan
ilmu yang ada pada kita.
Tips Kuat
Ingatan
-
Makan makanan halal lagi baik
-
Kismis, badam, kurma,madu
-
Beriadah
-
Hafaz Al-Quran dan hadith
-
Lazim sujud / tahajjud
-
Berlapar /puasa
-
Bersugi/ bunga cingkih
-
Selawat dan doa
Punca lemah
ingatan
-
Maksiat
-
Banyak dosa
-
Fikir dunia
-
Makan asam
-
Melazimi kenyang
-
Gosok gigi dalam keadaan membuang air
-
Tidur meniarap
-
Makan makanan yang haram atau ragu2
++++Ku memohon pada Allah, agar diberi kekuatan, dengan
rahmatMU, ku lalui jua!
++++Sharing is loving +++ caring, output dari ceramah ba alif
cha dari imam muda Azhar..
No comments:
Post a Comment