Friday, December 13, 2013



Setelah berbulan-bulan,, tiba2 dpat call..  kerana Allah, aku rindukan dia.. Allah campakkan rasa rindu itu..  aku doa, semoga dia diberi kegembiraan, kebahagiaan dan kemenangan di dunia akhirat..

“tidak sempurna iman seseorang, jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri”

-          - Aku rindukan kenangan dulu2.. terima kasih kerana pernah menjaga aku..  susah senang kita sama2..  semoga Allah menjaga kamu, untuk aku..  
-          - Air dicincang xkan putus..  jangan selalu bersangka buruk, kerana, orang yang bersangka buruk ini, tidak akan sempat memberikan kasih sayang.. noted..

Sunday, December 1, 2013

boling pye cerita~



Lega lepas habiskan 3 game bowling kat bukit jambul tadi..
Dengan prestasi  1 strike dengan 1 balingan (game 3, kotak ke  10)..  nmpak x disitu? 'kehebatan' bermain... haha
Syiokkk jugak,, boleh ilangkan sikit tekanan yg bermaharajalela  2 3 menjak ni..
Thank you kalian2.. Allah hadirkan kalian tepat pada masanya..
Di kala semangatku menjunam jauh ke tanah.. heuww..
Lepas balik, singgah lab jap untuk culture bacteria..
Ooo hoii..  hidupla kau bacteria dengan  gilang gemilangnya..
Kompem  100% ilang stress nnt..  hoho..

p/s:  bila kat teluk intan nak wat tempat main boling ni.. teringin jugak pegi ngan kwan2 kesayangan  kat kg tu.. mesti best! Huhu..  ada rezki, sebelum masing2 kawen, kita g ye, kalau ada rezki, panjang umur dan diizinkan... :)

Saturday, November 23, 2013

Lets be positive!



 Hidup kena ceria! 
Kalau mood anda x stabil, jangan buat mood orang sekeliling anda pon x stabil jugak..
Bak kata Prof Muhaya, setiap orang ada aura masing-masing,
Jika positif yang anda bagi, in sya Allah, positif jugak yang anda akan terima..
Seronok jadi orang yang positif ni,
Banyak perkara yang berlaku disekeliling, dijadikan positif,
Yang aku tahu, orang2 yang positif ni, hati akan sentiasa tenang,
Nak rasa? Cubalah!
Jom jadi positif! (peringatan  keras untuk diri sendiri, be yourself, =] )
Dan yang paling utama, positif dan bersangka baik dengan TUHAN..
So, LETS BE POSITIVE... !!!


Positif, positif, positif..
Aku lesu, tapi aku yakin, ini xkan lama,
Aku akan menjadi orang yang sangat xkisah,
Walaupun ambil masa, aku cuba!
Be strong and be positive.. dengan izin Allah, segalanya akan mudah..
Pada  MU aku mengadu..
ALLAH yang SATU...

Friday, November 22, 2013

kongsi-kongsi~

Time sunyi, sorang2 macam ni, blog je la peneman aku...  (padahal boleh je rajinkan diri, bukak journal baca n start writing thesis sikit2.. huhu.. in sya Allah,, I will try my best)

Aku yang dulu...
Aku yang tinggi pengharapannya dengan pencipta,
Aku yang sentiasa memperingatkan diri,
Aku yang sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu,
Aku yang  kurang dalam percakapan,

 Aku rindu ‘AKU’ yang dulu..

Apabila pengharapanku dengan pencipta tinggi melangit, aku mampu melangkah dengan penuh yakin.. aku yang menantikan ujian yang  akan datang kepadaku.. kerana aku  tak mahu hidup dalam  zon selesa, lalai aku x akan menjadikan  insan yang akan ke syurga abadi..

Aku rindu aku yang dulu.. . selalu  memperingatkan diri, bahawa aku perlu berusaha untuk mencapai target  dalam sesuatu .. selalu ingat bahawa,  harapan mereka yang aku bawa untuk melihat aku mampu menjadi yang terbaik  terhadap jalan2 yang aku pilih..  aku tidak mahu hanya mementingkan diri  apabila aku kata aku tak mampu..

Aku yang sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu..  walau susah, aku cuba, kerana aku x mahu menyerah sebelum aku mencuba.. selalu aku tanamkan  dalam hati aku,, “xpe, aku dah berusaha, sekarang aku kena tawakal, aku letakkan diriku kepada DIA, semua ilham, adalah datang daripada DIA”  apa rezki sekalipon, sama ada mengikut apa yang aku inginkan atau tidak, semuanya aku yakin, adalah yang terbaik untuk aku.. mana mungkin Allah mahu menzalimi hambaNya...

Nota2 harapan x akan pernah lekang dengan aku.. setiap muka depan buku, akan aku selitkan nota2 ini supaya aku  dapat melawan  diri aku sendiri..  “good luck!, zura boleh!, gagal sekali tak bermakna gagal untuk selama-lamanya, ext ...   Once u choose HOPE, anything is impossible..  

Aku yang  pendiam.. dan pendiam selalu di kaitkan dengan skema.. hehe.. ye ka aku pendiam? Mungkin tak dengan kawan2 yang dah kenal rapat dengan aku..  or myb aku ni pemalu kot..  orang yang tak kenal aku, mungkin takot nak berkawan ngan aku,  tapi bagus jgak menjadi pendiam ni,  x banyak dosa mengumpat yg aku dapat.. teringat masa matrik dulu, kawan kat depan bilek aku pernah cakap, x pernah dengar  aku mengumpat orang,, huhu.. time matrik mgkin la kot,, zaman yg kalau aku nak tulis satu2 mmg  xkan larat punya.. kenangan, biarla dia abadi dalam hati aku.. 

Jujur, aku rindu aku yang dulu...  cukup hanya Allah bagiku..  bila Allah ada, aku ada semua.. aku yang selalu bangun bila terjatuh  dari ujian kehidupan, aku yang xkan mudah mengalah..  aku ingin jadi aku yang dulu..  bersikap kebal dengan kerenah manusia, bla  bla  bla.... ..  mulai sekarang, aku kena berubah! Keluar dari zon selesa.. macam arwah Ammar.. subhanallah, seorang yg sangat istimewa.. sangat matang dalam ‘agama’ walaupon baru berusia 20 tahun.. Allah mengangkat darjat arwah, mulianya akhlak beliau..  Allah tahu apa yg tersimpan dalam setiap hati manusia..  bagaimana pula dgan aku nnt? Semoga aku  tidak lalai dengan tujuan hidup di dunia ni... dunia adalah jabatan untuk ke sana..  

Aku nak jadi orang yang baik, yg memudahkan urusan orang lain, boleh disimpulkan, semua yg baik2 semua aku nak jadi lah.. huhu..  mampukah? Aku manusia biasa, iman pon kadang ada naik turun.. astaghfirullah.. em xpe la.. dan aku nak jadi org yg x kisah bila sorang2  bila xda kwan nk ajak  berjalan ke shopping ke hape, yela  kwan2 sekeliling bz dengan tunang la, bf la, famly, tinggalla aku sengsorang kat bakti  permai tu... tssskk,, tssskkk .. xpe , aku tau, aku x pernah sendirian..

X kisah la apa2 pon, aku nk cepat2 habis Master, cari kerja, balas jasa mak abah..  disamping jadi Hamba Allah kat muka bumi ni... perjalanan aku masih jauh.. aku janji aku akan wat yang terbaik  untuk  hidup aku.. semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah...  Ya Allah, mudahkanlah, jangan Kau susahkan, Ya Allah, akhirinya dengan kebaikan..   amin..

p/s : Dan  yang paling aku rindu... aku dulu yang kurus! Agaga...  aktiviti makan ikot suka semakin galak dilakukan, jogging or exercise susahnye nk di wat, mana mau kurus kalau gtu... adoi... insafla zura! 

matrikulasi - KMKN





USM - Saujana M03

Monday, November 18, 2013

maaf ..



Maaf aku bukan pendengar yang baik
Maaf juga aku bukan penasihat yang baik
Maaf aku tidak bersifat memahami
Maaf juga atas segala kekurangan diri
Maaf untuk segala khilaf ku
Sungguh.. aku manusia biasa, aku tak sempurna... 




sincerely... 
me... 

Wednesday, September 4, 2013

Saturday, August 31, 2013

perkongsian yang hebat!

perkongsian yang sangat hebat!
masya-Allah...
Kadang2 aku tersasar, Allah tegur lagi, lagi dan lagi..
Alhamdulillah.. =)

si kaya yang 'dimiskinkan' oleh hartanya oleh ustaz Pahrol Mohamad Juoi..

Berhati-hatilah menjaga hati. Jangan pemburuan yang dahsyat itu sampai menjejaskan kesihatan hati kita. Jika dapat, bersyukur. Jika gagal, bersabar. Jangan sekali-kali, apabila harta bertambah, kita jadi semakin kufur dan takabbur. Jangan juga apabila gagal memilikinya, kita rasa putus asa dan kecewa. Sungguh, kufur, takabbur, putus asa dan kecewa itulah parasit yang akan menghilangkan ketenangan di dunia dan akhirat.


Dalam pengalaman hidup kita tentu pernah melihat penghuni rumah besar tetapi hatinya sempit. Air mukanya muram, mudah marah dan pantang terusik… mudah marah dan melenting. Apabila kita bertamu di rumah, layanannya layu dan kemesraan dibuat-buat. Dia sentiasa memonopoli perbualan. Makan dan minum yang dihidangkan, bukan dari hatinya. Semuanya kaku oleh basa-basi yang dicorakkan adat dan kebiasaan semat-mata. Ironinya, sikaya kehilangan ‘sentuhan kemanusiaan’  di rumahnya yang lapang, akibat jiwanya yang  terhimpit. Namun, lihat  betapa ada simiskin yang begitu ceria melayan kita. Rumahnya sempit tetapi ahli keluarganya mempunyai hati yang lapang. Dengan penuh senyuman, kemesraan dan kasih sayang yang sudah serasi dengan jiwanya itulah dia melayan kita. Dia tidak mengajak orang kagum dengan rumah besar yang tidak dimilikinya, tetapi sebaliknya dia ‘membesarkan’ jiwa   dan hati tetamu yang sedang diraikannya. Di rumah yang kecil, terasa luas apabila penghuninya punya ketenangan.

Petikan dari blog beliau..

baca dan muhasabah,
jangan terlalu berprasangka, bimbang akan datang penyakit hati yang tidak terkawal
jaga emosi, berfikiran matang, ingat! Allah maha mengetahui apa yang kamu tidak tahu

Jangan hasad, jangan mengumpat... insyaAllah hidup akan ceria dan bertenaga.
Sempit jadi lapang, sedikit jadi cukup, bimbang jadi tenang, payah jadi mudah... itulah barakah.
Ceria dan barakah... itulah penghias hari-hari mu sebelum hari pertemuan dengan Allah!


-Pahrol Mohamad Juoi-





Friday, August 16, 2013

Malu pada diri sendiri!

macam mana nak berjaya kalau perkataan 'MALAS' tu ada dalam diri
hisshh wake up wake up! skq bukan masa nak ikut hati je
hidup adalah pilihan
pilih NAK atau XNAK je
semua orang boleh
semua orang mampu
Manusia kan dijadikan untuk berjaya
azam baru, semangat baru, usaha usaha usaha
ambik journal, bukak, pahamkan baca baca baca

macam mana nak habis awal 
kalau alasan bertimbun timbun
malu pada diri jika malas tu dijadikan alasan
bila nak maju ni,, haiisshh
kata researcher? boleh boleh boleh!!
GRAD ON TIME insyaAllah
yakin boleh


DONT GIVE UP
Allah is training your patience
in sya Allah



Sunday, June 23, 2013

Seruan hatiku... ;')


Albi Nadak by Fares

Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek

hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak

Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek

hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

Translated into Bahasa Melayu

Albi Nadak by Fares


Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu