Tuesday, December 18, 2012

Ba Alif Cha.. Jom! =)



Ilmu BUKAN PADA KITAB atau buku,, tetapi, ilmu itu ADA PADA DADA

-         ***Tak kisah la berapa banyak pon buku-buku yang tersusun cantik kat atas meja study tu, tak bermakna juga kalau anda tak menggunakan masa dan kesempatan yang ada untuk ‘membedah’ apa isi kandungan buku-buku  tu. Betapa beruntungnya anda menjadi golongan yang menuntut ilmu (yang sedang belajar di university, kolej, politeknik dan sebagainya) sedangkan ramai yang diluar sana tidak bernasib baik seperti anda. Allah telah mengurniakan kelebihan dan rezeki untuk anda. Kita kat Malaysia ni dapat belajar dengan aman tenteram, selesa, jadi, gunakan nikmat yang Allah bagi untuk menjadi insan yang berbudi di bumi Allah.


-         *** Mungkin ada yang ckap ‘alah, budak2 skema je suka baca buku ni’ hah, bila dah dengar ayat macam ni, sipulan2 pon terasa malas nak stdy.  Stdy last2 minit– Asalkan niat kita betol, study sebab nak dapat ilmu, nak lekatkan ilmu kat dada tu dan mggunakan masa yang terbek . Itupon dah ckup, kita buat apa yang Allah suka k. Tak perlu mencari redha manusia, x kemana pon kita nanti, carilah redha Allah, kerana itu yang terbaik!


-        ***Ada gak yg cakap ‘Alah, aku study last minit pon boleh skor’ – kepada golongan yang macam ni, tahniah, Allah dah bagi kelebihan kepada anda. Tetapi, kena sentiasa beringat juga, segala kebaikan, kekuatan dan pertolongan adalah datang dari Allah juga. Bersyukur la selalu.


-        *** Ada juga yang niat, usaha dan cara stdy mereka sangat excellent, namun, ble keluar je result exam, hampa kecewa dan sebaginya kerana tak mencapai target. ‘Aku dah stdy giler2 dah, tapi bile exam je,, hmmmmmm’  ‘ aku rase aku stdy lagi banyak dari dye, tp knp dye plak yang skor lgi tggi dari aku?? Kiahuaaa?? -  Jangan biarkan persoalan hidup membelenggumu, Allah menjadikan persoalan bukan untuk menyiksamu. Tetapi Allah sedang mendidikmu menjadi  orang kuat. Hadapilah setiap persoalan dengan kesungguhan kerana pertolongan Allah beserta usaha kerasmu! Jadikan apa yang berlaku sebagai ujian, jangan mudah berputus asa, mungkin sudah rezki kita berada pada tahap itu sahaja. Sy juga pernah merasa situasi yang sama. Tapi bila difikir balek, mgkin Allah mahu menguji  kita sejauh mana keikhlasan kita. Tak mahu kita lalai dan mahu kita terus berusaha bersungguh-sungguh. Tapi percaya lah, Allah akan mudahkan urusan kita, mungkin pada hari dan waktu yang lain. Berdoalah, mintalah kepada DIA. Bergembiralah wahai hati, hidup terlalu singkat untuk memikirkan perkara2 yang  meresahkan hati. Allah xkan menguji hambaNYA melainkan dengan kemampuan mereka.


-         ***Tapi bagi sy, perkara yang paling manis adalah apabila kita dah usaha bersungguh2 dalam sesuatu perkara dah kemudian bertawakal kepada Allah.  Dada menjadi lapang, contohnya, kalau kita dah struggle sungguh2 ni, jawab exam  bgi yang terbek dan termampu. Result, lulus atau gagal, cemerlang atau memuaskan, kita serahkan kepada Allah. Apa juga result yg keluar lepas ni, semua ditangan Allah, terima dengan redha dan berlapang dada. Kita xkan merasa kecewa kalau result yang keluar tu x macam yang kita jangkakan . Sebab? Sebab Kita dah usaha yg terbek, klau Allah dah bagi rezki had tu je, terima k,, tapi kalau Berjaya memperoleh dekan atau pointer yg cantik, bersyukurlah, Allah telah ‘membayar’ usaha kita tadi. Alhamdulillah.. indahnya perasaan itu  =)

-        *** Sebaik-baik motivator adalah diri sendiri,  dunia tempat bercucuk tanam, akhirat tempat pembalasan, yakinlah janji Allah itu pasti. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kerana Allah maha mengetahui, apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Bercakap menulis mungkin senang, tapi nak praktik memang susah. Sama2 baiki diri, cintailah Ilmu, kerana Allah akan mengangkat darjatmu.

-          ***Sekali lagi, Betulkan niat belajar kerana Allah, sebab, ilmu yang kita nak pelajari ini juga merupakan ilmu Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kita dalam menuntut ilmuNYA.

-        ***Definisi ilmu yg dimaksudkan bukan hanya ilmu yang kita belajar kat sekolah, university dan sebagainya. Ilmu boleh dicari dengan cara membaca buku2,blog2, menghadiri ceramah agama dan sebagainya yang meningkat pengetahuan anda. Jadikan kehidupan harian kita sebagai ibadah. InsyaAllah.


Tips belajar

-          Ingat mengingati (muzakarah)
-          Melazimi (mudabaratun)
-          Merujuk kembali (muraja’atun)
-          Menghafaz (muhabbazah)

Sungguh, Allah BERPALING dari PEMBUANG MASA!


Allah mengangkat darjat  dua golongan iaitu

-          1. Orang yang mempunyai iman di antara kamu. Iman ialah keyakinan yang benar-benar mantap terhadap Allah.


-          2. Dan golongan kedua ialah golongan yang menuntut ilmu. Alhamdulillah, akan gugur dosa-dosa besar bagi umat Islam yang sedang menuntut ilmu disamping Allah juga akan melimpahkan rahmat-NYA kepada sesiapa yang mencintai ilmu. Namun, niat untuk menuntut ilmu juga penting. Jika niat kita kerana Allah, in syaa Allah, ilmu yang akan kita pelajari itu menjadi berkat dan juga mendapat keredhaan Allah. Suka juga saya mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa perbetulkan niat belajar, kerana, ilmu yang saya ingin pelajari ini juga merupakan ilmu Allah. Jadi, sentiasa lah berdoa untuk menjadikan ‘pekerjaan’ menuntut ilmu ini sebagai ibadah yang diterima oleh Allah.. in syaa Allah. 


Beza orang yang beriman dan orang yang menuntut ilmu

-          - Orang yang beriman akan dinaikkan darjatnya sebanyak satu darjat.

-           -  Tetapi, orang yang berilmu akan dinaikkan 700 darjat kepadanya dan setiap satu tingkat ke tingkat yang lain bezanya adalah sebanyak 500 tahun. Subhanallah.. 


Ciri-ciri pelajar cemerlang

1.       Menjaga Masa : Allah berpaling dari pembuang masa.


2.       Ilmu adalah keutamaan: Ilmu itu nasihat, member senang, menerima susah. Ilmu juga cerminan diri. Setiap yang menuntut ilmu, pasti akan berubah kepada kebaikan. (menuntut ilmu kan mendekatkan diri dengan dengan Allah, jadi berubah kepada kebaikan itu x mustahil)


3.       Ilmu kerana Allah, bukan kerana dunia: ‘Belajar bukan kerana Allah, tak berkatlah ilmunya’ (Imam Ghazali). Seperti yang saya tulis diatas, redhalah dengan segala ketetapan yang telah Allah tetapkan. Bersyukurlah dengan ujian Allah dan gunakan nikmat yang Allah bagi dengan jalan yang betol dan diredaiNYA. Belajar kerana Allah dan bukan niat untuk menunjuk-nunjuk!


4.       Amal : Belajar 100 tahun, himpun 1000 kitab, belum tentu dapat rahmat tanpa amal (Imam Ghazali). Disamping menuntut ilmu, menjaga pandangan(dari melihat benda2 lucah, kotor),  telinga (dari umpatan, fitnah,gossip), mulut (fitnah, mengumpat, makian) untuk menjaga kesucian hati, agar ilmu senang nak meresap masuk. Allah juga berfirman

‘Manusia tidak akan dapat apa-apa kecuali yang diamalkannya’ (an-Najm: 39)

Namun, Islam juga tidak menghalang untuk kita berhibur, berhibur cara Islam, bergaul juga dengan cara yang ditetapkan Islam.

5.       Melazimi taubat: Tubat kepada Allah dengan dosa2 lampau yang telah kita lakukan. Kita manusia biasa, tak lari dari melakukan dosa. Iman kita juga ada turun naiknya. Tak semestinya luaran nampak baik, hati pon baik, manusia, tetap ada cela nya kerana DIA sahaja yang Maha sempurna. Biarlah Allah yang  menghakimi segala-galanya. Sunnguh, Allah maha Pengampun dan penyayang.

6.       Ikhlas: Sentiasa ikhlaskan hati, positifkan diri. Apa yang kita bagi kepada dunia, dunia akan bagi kepada kita. Positif yang kita beri, positif juga yang kita akan dapat. In syaa Allah. Bahagia itu apabila membahagiakan! Ikhlas kan diri, jangan suka menunjuk dan riak dengan ilmu yang ada pada kita.


Tips Kuat Ingatan

-          Makan makanan halal lagi baik
-          Kismis, badam, kurma,madu
-          Beriadah
-          Hafaz Al-Quran dan hadith
-          Lazim sujud / tahajjud
-          Berlapar /puasa
-          Bersugi/ bunga cingkih
-          Selawat dan doa

Punca lemah ingatan

-          Maksiat
-          Banyak dosa
-          Fikir dunia
-          Makan asam
-          Melazimi kenyang
-          Gosok gigi dalam keadaan membuang air
-          Tidur meniarap
-          Makan makanan yang haram atau ragu2


++++Ku memohon pada Allah, agar diberi kekuatan, dengan rahmatMU, ku lalui jua!
++++Sharing is loving +++ caring, output dari ceramah ba alif cha dari imam muda Azhar.. 



Monday, November 26, 2012

pengubat stress!


Kajian menunjukkan, mereka yang mempunyai haiwan peliharaan kurang berasa stress berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai binatang peliharaan.

 sokong! hmmmmm,, rindunye kat ijang.. kucing comel yang ada kat umah tu,, hmmm rindu3! Rindu kat kucing yang sekor ni mengalahkan rindu kat katil bujang ceq tu.. hati terasa sempit sebab rindu3.. dengan haiwan pon ada rase mcm ni kan.. hehe,, kau ade??  betolla kata orang bercinta, gamba boleh jadi pengubat rindu. Sedih kan bila rindu yang kita rasa x dapat nak disampaikan melalui bahasa lisan. Kalau la sy boleh call kucing sy tu n gtau sy rindu dye mesti terubat cket rindu ni kan? Esp kalau miow ckp miow pon rindu.. hehhe.. over plak.. tp tssskkkkk2 ceq betol2 rindu.. =(

dari kecik sampai ke besar rumah sy memang sentiasa ada kucing. First time bela kucing sebab  bagi mkn kat kucing2 yang orang buang kat belakang umah sy. Kecik2 je kucingnye, ada orang buang. Kucing kecik kalau lapar, kompem la mengiau mintak makanan. Kami adik beradik pon rajin bagi makan. Last2 jadi manja n mula masuk umah. Kira officially jdi tuan kpda kucing2 ni la.. hehe..

sepanjang bela kucing ni, mcm2 jenis kucing yang ada. Ada yang suka isap jari, siap ada bunyi lagi. Mungkin anda tak boleh nak bayangkan. Tapi tu la reality, comel sgt, warna belang2, isap jari mcm budak kecik. Manja plak tu. Tpi idop sat je, mati sebab sakit. Ada dak kucing yang warna hitam putih. Badan semua itam tapi kaki n tangan warna putih, sekali tgk nmpak mcm pkai stoking. Bersih bulu dye, sy siap letak loceng lgi kat tengkuk dye.. hehe..  yang latest si ijang ni pon unik tau. Sebelah mata macam pakai celak n sebelah lagi x.  Cantik sungguh ciptaan ALLAH. Maha suci Allah yang maha Pencipta.

Kalau nak list satu2 kucing yang sy ad dlu, mmg byk kot,( tapi bukan bela sekali gus) Kadang2 sy rasa, kucing ni mcm ‘memahami’ je. Pernah dlu, mse kecik2, dok tgh menagis (sebab apa tak egt, biasala budak2,, hehhe), kucing sy datang kat sy, gesel2 kepala dye kat kaki sy, alolo,, manjenye, ilang sedih dan2 tu gak. Sy bleh rse sygnye kucing tu kat sy.. hehhee.. perasan je.. kucing oooo kucing... agak2  kita jumpa x kat ‘sana’ nanti? huhu

Bagi sy, kucing2 ni sgt bermakna  dan berharga. menangis, ketawa, senyum, rase nak buli smua ada.. boleh dikatekan makhluk yang bernama kucing ni mmg  sebahagian dari idop sy la.. kalau nak bercerita pasal kucing, sampai esk pon x habes. Hmmmmmm... Rindu punye pasal, tbe2 rase nk wat entry pasal kucing..

Tak sabar nak balek bulan depan, nak jumpa  ijang .. knp ijang? Asalnye kijang, haha,, abah yang pggil, sbb mse kecik, badannye sgt kecik, baka kecik agaknye. Tp bila dah besar, kuat makan, dah makin membesar je sy tgk.. hehe.. pemalu betol kucing sy yang ni. Klau sedara mara mak or abah datang, kompem dye nyorok kat dapur bawah tempat pinggan2 tu,, alahai,, comelnye kau ni kucing.. kalah anak dara! Haha.. mcm2 ragam.. sbb ni la kucing ni boleh jdi penghibur hati.. lgi stu, si ijang ni, ske pnjat pokok ceri kat umah tu,, comel3! Hihi.. jom ushaar cket!






Sunday, November 18, 2012

conteng-conteng... ;)


Alhamdulillah,, selesai sudah interview untuk dermasiswa Tunku Abdul Rahman pada tarikh 8/11/12 ari tu.. DTAR ni salah satu biasiswa untuk menolong warga Malaysia (dari keluarga susah) yang baru menghabiskan pengajian pada peringkat degree (batch yang paling latest). Jadi kepada pelajar2 yang baru grad tu,, cepat2 la mohon..  syarat pointer above 3.0 dan aktif. (xde la aktif sangat sy ni, biasa2 je, hehe). biasiswa ni akan taja anda  melalui pinjaman PTPTN. Amount yang dia akan bayar, terpulang kepada rezki,, insyaa Allah.. kalau ada rezki x ke mana.. hehe.. jom story cket pasal interview ni.. yipppii..

Dua minggu sebelum sy dipanggil utk interview, kawan merangkap housemate pon ada dipanggil. Kiranye tarikh interview x sama la.. (kalau sama kan senang, boleh g ngan dia je,, huhu) dye ambik bas kol 1 pagi dari sg nibong ke KL. Dalam kol 5 pagi sampai pudu.  Dok sorang2 tggu sampai kol 6.30 baru nek LRT. Huissh,, berani sungguh laa hai,, ad gak la cte yg x best sy dengar. Emm scary gak yee dok keyyeel ni,, haha..

Tempat temuduga kat bangsar, bgunan UOA, tingkat 10, keeyyeell, jam 11 pagi. Mase dapat email ni, giler teruja sbb 1st time dpat interview biasiswa. Nak dapat pengalaman 1, nk mencuba 1. Mne tau ad rezki, boleh la kurangkan beban hutang PTPTN yg menjangkau 21 rbu tu.. heehe. Tapi yg problem nye kat KL.. sy dapat email ni 3 mggu sebelum tarikh temuduga. Cara nk p sana tu sy tolak tepi dulu, yg penting saya reply email tersebut untuk sahkan kedatangan. walaupun bg sy cara nak p sane tu merupakan salah satu masalah, tp yg tu tutup cite dlu. tapi sy x kisah sgt nk p sana sbb ex-romate cik azizah ckap bleh aje kalau nk tumpang rumah sewa dye. Azie ckp rumah sewa dye dkat ngan bangsar. (azie sambung kat UM)

Last2 x jadi nk tumpang semalam kat umah azie atas sebab tertentu. Tu diaa kalut la aihh,, xkan nak p sorang2 kat sane, nek bas kol 1 pgi, sampai kol 5 pagi,, 6.30pgi nek LRT trus ke bangsar sbb kwan sy ckp LRT tu mmg btol2 berenti kat bangunan UOA tu,,maknenye sempat la nak p interview kol 11.. hehe,, bunyi mcm simple kan? Mane la sy brani, dah la ad tanggapan negative kat org2 kat sne.. mcm social terlebih,, lgpon sy ni bkan biasa ke sane , mau sesat nnt,, wakaka.. (maap yee org KL, sy tau anda bek2 belaka,,hee) nk ajak housemate teman, tkot fmly dye x bg, yelah,, anak perempuan. Nak ajak adik plak dye mcm bz je ngan keje dye,, mcm2 dugaan.. xnak laa mntak tlong kat abah, nnt duet kuar lgi,, dah master ni,, PENJIMATAN kewangan amat2 diperlukan,, daripada  kuar duet sbb nak teman sy, bek simpan je.. x gitu?

Semua masalah dan kesulitan kat dunia ni, ada jalan penyelesaiannya. Cuma yang membezakan, cepat atau lambat je. Insyaa Allah. Lagi satu, Allah xkan menguji hambaNYA melainkan dengan kemampuan hambaNYA kan? Allah adalah sebaik-baik pelindung ..  ak berpegang teguh pada janji-janji Allah.. kerana ak yakin apa yang ditetapkan Allah tu adalah yang terbek..  ;)

Lpas pening2 cuak2, sedih2.. mengadu kat Allah n famly.. tbe2 tringat kat cik nimi (best frend sy) Last sekali, call dye, ckp nk mntak tolong. Alhamdulillah, Allah permudahkan. . dia sudi membantu .. Cik nimi, awak bukan kawan sy, tp awak adalah sahabat saya, dunia akhirat.. ;(  sgat hargai bantuan yg dihulurkan,, ammbooihhh ayat jiwang plak,, ayat ni lahir dari hati.. xde lahir kat mulut je.. take note!  

Ambik bas dari sungai nibong ke klang sentral, memberanikan diri.. pegi sorang jugak akhirnya.. sepanjang perjalanan tu, usah cte la,, byk kali abah call tye, risau lettew anaknye yg comel lagi manis ni sorang2,,, hehe,, tp don’t worry la abah, sesat pon dalam Malaysia gak,, haha..  sy yakin,  semua datang dari Allah.  Nimie ambik kat klang sentral, jalan2 p UiTM Puncak Alam jap sebelum g ke umah sewa dye. Seriously cantik gilak uitm tu,, atas bukit, macam ala2 USM dah, nmpak canggih ooo.. bile jalan kat sne mcm ala2 teluk intan dah hah, xde la cbuk mne, best aman damai,, sesuai la nk blaja,, hehe.. mlm tu tdur kat umah abang nimi kat jalan kucing. Dekat skit ngan bangsar, nk p interview tu pon, nimi yg hantar,, hehe,, untung laaa, siap tggu sy abeh interview lgi tu.. hebat perancangan Allah kan? Tq Allah. Alhamdulillah..

Emm interview  x lama pon, x sampai 5 minit, soalan2 datok2 tu pon mcm anak ngan bapak je,, hehe.. doa2 kan laa ada rezki.. Ya Allah, lembutkanlah hati mereka.. tawakal kpd Allah, sy dah berusaha..ada rezki x kemana.. hehe..  =)

Kesimpulannya, (esp utk diri sy ) jangan  cepat mengalah walau ap juga masalah yg datang. Yakin dan tawakal kepada Allah, kerana Allah adalah sebaik2 pelindung, pendengar. Allahu rabbi..

Last but not least,

***watpe kita nk bebankan minda dengan benda2 yang  boleh membuatkan kita susah hati, banyak benda lain lgi yg perlu dibuat, nanti diri sendiri akan jdi stress, x ceria.. hehe.. dan 1 lgi stu,jangan asyik dok pk masalah,, tapi pk la CARA NAK MENGATASI masalah tu sendiri. 

***sahabat sejati susah dicari, hilang x berganti, jadi hargailah orang2 di sekeliling anda, mungkin satu hari nanti Allah akan hadirkan dia sebagai di peneman kita diwaktu kesusahan. Walau bukan dalam bentuk  bantuan fizikal, tpi jadi peneman, pendengar di kala suka dan duka juga sudah mencukupi.

***jika kita memudahkan urusan orang lain, insyaa Allah, Allah akan memudahkan urusan kita, jadi jangan nak berkira sgt yee.. ngeh2.

***ikhlaskan hati, segala apa yang dilakukan, betolkan niat. Jika AKHIRAT yang dicari, insyaa Allah, dunia akan datang dengan sendiri.

***sebaik-baik MOTIVATOR adalah DIRI SENDIRI.

***Semangat OPTIMIS diri, jalani hari2 dengan pasti.. dunia sementara akhirat selamanya!

***jangan mengeluh, ujian yang Allah bagi kat orang lain, ada yg lgi hebat.. sama-sama berdoa untuk UMAT ISLAM DI GAZA. I LUV ISLAM. Ya Allah, selamatkanlah umat Islam di Gaza.. Allahuakbar!






Sunday, November 11, 2012

kisah tentang bintang...


Dia sangat merinduiku
Ketika aku muncul menghiasi langit
Dia tersenyum merenungku
Di antara beribu bintang
Aku menjadi temannya
Dia berkata..
Ya ALLAH izinkan bintang yang satu itu menjadi temanku
Yang sentiasa menghiburkan dengan kerlipan
Yang sentiasa menerangi cahaya kegembiraan
Pada suatu ketika
Aku tidak muncul menemani malamnya
Aku berselindung di balik awan nan hitam
Sedang Allah memberi sang hujan untuk menyirami bumi
Aku melihat di celah-celah awan hitam
Dia sedih , melihat hujan dan awan hitam
Dia mencari-cari ku di semua sudut langit
Aku melihat dia sunyi...
Suram dalam sepi
Seolah-olah tidak senang dengan sang hujan
Dia berkata
Ya ALLAH munculkan bintang yang satu itu
Jika dia bersembunyi di balik awan hitam
Alihkanlah agar mudah ku memandang
Jika hujan penyebab cahaya bintang padam
Hentikan hujan agar dapat terus ku melihat sinar cahayanya
Jika aku bisa berkata-kata
Aku ingin berkata kepadanya
Wahai temanku
Aku juga merindumu
Tapi malam ini bukan milik ku
Allah yang mengaturnya
Kadang kala...
Allah tidak memberikan bintang menemani mu
Tapi Dia mengantikan dengan yang lain
Lebih baik dari bintang iaitu hujan
Yang bisa memberikan kesejukan di jiwamu
Juga Membasahi kemarahan dan egoanya mu,
Cubalah menjadi temannya.
Jika suatu saat aku tidak muncul lagi...
Jangan pernah engkau menyalahkan takdir ini
Percayalah semuanya sudah di atur oleh Ilahi
Segala apa yang diberikan pada mu ALLAH Lebih mengetahui.
Dan itu jualah yang terbaik buat diri
** karya kretif dari I Luv Islam.. ;)

Thursday, October 25, 2012

hoMe sWeeT hoMe... =)


Yeah,, giler excited nk balek kg.. perasaan yg sme ak rse mse first time nk balek  setelah 3 bulan dok kat matrik.. hahaha..  dpat gak buli kucing comot yg sekor kat umah ni,, setelah 3 mggu x buli,, makin debab nmpaknye.. kikiki

Alhamdulillah, dah 3 mggu start msuk lab blek,, akhirnya sambung jugak.. semoga Allah permudahkan segala urusan.. sy akan habiskan apa yang sy mulakan,, zuRa caaiiiyyooOOOOook!!

Even baru 3 mggu masuk lab, byk benda dah belajar..  dok umah sewa dengan kwan2, housemate pon ok2 je,, boleh la nk wat keje.. nnnn  yg pling beshhh, skill memasak pon smkin terasah nmpaknye,,wewit..  msing2  ‘bawak’ menu mak masing2.. ble  dah dok  umah msak2 mcm tu terpikir plak pasal kawen ni,, mcm mne bled ah kawen mask untuk suami plak,, mesti sweeeeeeeeeeeet! Terpengaruh ngan housemate la ni.. hehe.. Tp sem depan nk dok desa la plak,, ari2 jalan dalam 1km kot dri umah sewa ke lab,, fuh! Mmg kurus mcm ni,,

insyaAllah, lpas rye haji ni dah bleh start wat projek.. Alhamdulillah, smbg projek FYP dlu,, bacteria dah ad, at least ad la cket basic.. moga boleh abehkan master cpat2.. sy prefer wat keje2 kat lab je,, klau bab2 bace journal or present  ni, mmg kurang minat la,, adehhh,, fightin2.. cuba yg terbek.. zura boleh! insyaAllah..  doakan sy semua..

·         ***Kadang2 orang nampak kite kuat dari luaran, tp hakikatnya, diri sendiri yang tahu, pelangi  yang indah     pon muncul selepas hujan kan? Xde benda yang senang kat dunia ni, tp x mustahil kan? Yakin, percaya diri. insyaAllah, dapat semangat baru lepas blek umah.. hehe.. kekuatanku muncul kerana Allah... =) ***
*
*   *** Selamat Hari Raya Aidiladha.. maaf zaHir batin ***






Saturday, October 6, 2012

amin amin amin.....




YA  ALLAH..
Kurniakan aku suami yang mencintaiMU lebih dari segala galanya
Kurniakan aku suami yang mencintaiku kerana MU


YA ALLAH..
Berkatilah dia jodohku,
Pandulah jalannya YA ALLAH walau di mana dia berada
Berikanlah petunjuk hidayahMU kepadanya


YA ALLAH..
Engkau yang  maha mengetahui maha bijaksana
Telah Engkau catatkan segala yang terbaik untuk hamba hambaMU
Seandainya ada jodohku didunia
Ku harapkan agar jodohku dengannya berkekalan hingga ke syurga
Ingin sekali aku menjadi bidadarinya di dunia dan di akhirat sana


YA ALLAH..
Ampunilah dosa dosaku
Jadikanlah aku anak yang berjasa dengan kedua ibu bapaku
Jadikanlah aku manusia yang berbudi di bumiMU
Ilhamkan aku dengan segala kebaikan
Panduilah langkahku YA RABB
Serta lindungilah aku serta keluargaku, guru guruku dan saudara-saudara seagama denganku
Sesungguhnya Engkau sebaik baik Pelindung.

** segala yang ada bermula dari yang maha Esa
** semoga jodoh kita berkekalan sampai ke syurga.. ;)

Thursday, October 4, 2012

4/10/2012~~~~~ =)


ALHAMDULILLAH..

Sujud syukur,, akhirnye,, yibidu bedduuu.. 

**

****

*********















********************************************






LULUS ujian mto ngan jpj,, ketaq tgn ni usah cte la,, atas  titi pon dah goyang2, tp alhamdilillah,, lepas titi dgan jayanye, aiyarrrkk! bersyukur sgt2.. Boleh la smbg study dgn hati gumbira. Klau ad rezki bleh bwak moto g USM. Senang nk wat keje kat lab malam2. Thank u Allah. Usaha  dan tawakal.

Hehe, 1st time dpat lessen, over cket la mcm sy ni,  sempat lgi pesan kat pak cik gabungan tu, “pak cik, doakan sy” hehe, semua berjalan macam magic je, sekelip mate dah selesai, fuh lepas je titi, ilang gabra. Sy ni bkan pandai bwak moto pon, lpas abeh matrik x clap bru hero no 1 n 2 (abah n si x bpe ensem) ajarkan.  Kalau adik sy yg ajar, sy x pernah dgar pon, dalam ati tu sonok ble dye bwak jalan2 kat kg je,, hahaha.. 
Alhamdulillah, Allah permudahkan.  Plan a berjaye, insyaAllah, perjalanan ku yg seterusnye akn bermula nnt.


 p/s:
-          - lagi rela masuk exam hall dari wat test JPJ.. (owh, ayat dalam kepala ak dri mula smpai akhir test)
-          - ku pikirin ak nggak bisa berlessen moto seumur hdup ni, tp akhirnye.. haha (ok, ni over sgt =,=)

Monday, October 1, 2012

Sungguh! Aku mencintaiMU


" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"


Sunday, September 23, 2012

cinta selalu ada~

Saat "CINTA" datang,,,

Tak ada yang dapat mengetahui kehadirannya & tak ada yang dapat menghalangi untuk dapat memilikinya.

Saat "CINTA" dimiliki,,,

Tak ada kata yang dapat ungkapkan keindahannya & tak ada umpama yang dapat bayangkan kebahagiaannya.

Saat "CINTA" pergi,,,

Tak ada yang tahan rasa sakitnya & tak ada waktu untuk bisa melupakan kenangannya, bahkan terkadang saling Caci & Hina seolah tak pernah ada rasa "CINTA" dihatinya.

"CINTA" datang & dapat dimiliki seakan ~*Hidup Sempurna*~

Tapi mengapa jika "CINTA" pergi seakan semua ~*Hampa & Berubah jadi Benci*~

Ingat !

"CINTA" ada kerana anugerah dari Allah Yang Maha Kuasa.

Janganlah !

Kamu men"CINTA" Siapapun & Apapun melebihi "CINTA" pada Allah Maha Pemilik CINTA.

Pecinta Allah berbuat baik semata-mata kerana mencari Keridhaan Allah.
Jangan sekalipun mengharapkan (senang) mendapat pujian manusia,,

Dan jangan takut dengan celaan manusia...Kita hidup di Bumi -Allah bukan Bumi manusia..






Jika air mata memang bisa tepiskan
duka maka menangislah..

Jika kata_kata memang bisa
menghapus luka maka bicaralah..

Jika malam hening memang bisa
mengusir gundah maka tahajjudlah..

Jika ternyata memang tak ada yg bisa
mendiamkan gelisah jiwa maka berdoalah.

Pernahkah engkau mendapatkan
pujian dari seorang yang buta, yang sama sekali tak pernah melihat kecantikan
parasmu.

Pernahkah engkau mendengar
kata cinta dari seorang bisu, yang tak
mampu untuk menyampaikannya
lewat lisan.

Pernahkah engkau merasakan
belaian kasih sayang dari seorang
cacat, yang bahkan tak mampu
menyentuhmu dengan jemarinya.

Pernahkah engkau mendapat
pesan gembira dari orang yang engkau
abaikan, yang bahkan selalu
memikirkanmu.

Cinta & sayang tak bisa dilihat dari
kesempurnaan pandangan penglihatan
dan sentuhan, cinta sejati adalah dia
yang pernah menangis menahan rindu
untukmu.

Aku tak mencintaimu dengan kata
yang bisa berdusta, aku mencintaimu
dengan bukti dan rasa.

Aku mendengarmu tidak dengan
telinga yang tak terdengar bila jauh
dengan jarak, aku mendengarmu
dengan rasa dalam pejaman mata.

Aku tak melihatmu dengan kedua
mata ini, yang takkan bisa melihatmu
yang terhalang sejauh mata
memandang, aku melihatmu dalam
ingatan dan kenanganku dalam doa2 yang ku lantunkan pada_Nya..

Ya Rabb..Jagalah dia selalu untukku bila penjagaanku tidak sampai kepadanya..Aamiin .



Friday, September 7, 2012


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya;
“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surahan-Naba’:18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada saya, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”
 Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-


BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..Wallahua’alam..

Sunday, September 2, 2012

banyak entry2 yang dah didelete dalam blog ni.. bajet baru padam je bunyinye.. hehehe.. padamnye entry benda alah tu bagai, maka padam juga dalam hatiku.. thank you Allah..



Wednesday, August 22, 2012

dengan kuasaMU.. =)



Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta