Friday, February 22, 2013

Assalamualaikum,,,

Allah tak pernah meninggalkan hamba-hambaNYA.. jika kita, kamu atau anda merasa jauh dari Allah, maka lihat semula, diri sendiri..

Allah SWT berfirman:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Al-Baqarah :186)

Janji Allah itu pasti.. tinggalkan perkara yang boleh menjauhkan diri daripada Allah. perisai diri dengan zikir, membaca Al-Quran, solat dengan khusyuk. semua amalan2 ini adalah perisai kepada diri sendiri iaitu kekuatan bagi setiap indivitu dalam menghadapi setiap ujian yang Allah beri. Muhasabah diri sendiri, megapa kadang2 kita bersungkur dalam medan ujian yang Allah beri sedangkan, Allah telah berfirman yang bermaksud, Allah tidak akan menguji hambaNYA melainkan dengan kemampuan hamba itu sendiri.

hati terusik dengan huraian di blog Hilal Asyraf (Allah tidak pernah memungkiri janjiNYA, jika Allah itu hampir dengan hambaNYA, mustahil Allah akan menjauh bukan? segalanya berbalik kepada diri sendiri) 

letakkan Allah yang PERTAMA dalam hidup kita, kita tak akan pernah menjadi yang terakhir. percayalah! Allah sentiasa ada. letakkan segala-galanya di tangan Allah, setelah kamu berusaha dan bertawakkal, nescaya, segala-galanya akan menjadi mudah.. in syaa Allah..

perbaiki hubungan dengan Allah.. hidup di dunia hanya sementara..

Barulah kala ujian datang melanda, duka datang menyapa, kita rasa kuat dan tabah untuk menghadapiNya.
Kerana Dia ada di sisi kita sentiasa, dan kita merasaiNya. (Hilal Asyraf)

- Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon ampun atas segala dosaku.. aku adalah hamba yang lemah yang sentiasa memerlukan ENGKAU untuk aku terus melangkah 'mencari' jalan menuju syurgaMU..