Monday, June 25, 2012

TawassuL

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,, tajok ni kuar exm petang td,,, jom kogsi,,, semoga bermanfaat kepada semua...

Tawassul ialah mendekatkan diri dengan Allah atau berdoa kepada Allah dengan menggunakan wasilah (perkara yang mendekatkan dengan sesuatu perkara yang lain) atau berdoa kepada Allah dengan menggunakan perantaraan. Tawassul dapat dibahagikan kepada dua iaitu tawassul yang dibenarkan (tawassul Syar'iy) dan tawassul yang tidak dibenarkan (tawassul bid'iy). Tawassul adalah salah satu cara untuk berdoa kepada Allah.

Firman Allah yang berbunyi
(Al-Maidah :35)
"Wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNYA, dan berjihadlah (berjuang) di jalanNYA agar kamu beruntung.."

Tawassul syar'iy adalah mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan perkara-perkara yang disukai dan diredhai olah Allah seperti melakukan ibadat wajib, ibadat sunat sama ada melalui lisan, perbuatan atau iktiqad. Para sahabat juga melakukan tawassul ini. Jenis-jenis tawassul yang dibolahkan ialah, tawasul dengan amal-amal soleh, tawasul dengan iman dan tauhid, tawassul dengan nama-nama dan sifat Allah dan bertawassul melalui doa orang-orang soleh.

Kita dibolehkan bertawassul dengan amal-amal soleh kita seperti solat, puasa dan seumpamanya. Hal ini dapat dilihat melalui hadis riwayat Muslim yang menceritakan tentang kisah tiga orang pemuda yang terperangkap didalam sebuah gua. Meraka berdoa dengan Allah dengan menggunakan amal kebaikan yang telah mereka lakukan. Pemuda yang pertama bertawassul dengan kebaikannya terhadap kedua ibu bapanya.  Mnakala pemuda yang kedua pula bertawassul kepada Allah dengan kebaikannya menjauhi perkara tercela walaupun mempunyai kesempatan untuk melakukannya dan pemuda ketiga pula bertawassul kepada Allah dengan kebaikannya yang jujur serta amanah dalam menjaga harta orang lain. Dia memulangkan harta orang itu dengan sejujur-jujurnya. Allah telah menerima ketiga-tiga doa tesebut dan akhirnya ketiga-tiga mereka berjaya keluar dari gua tersebut.

Tawassul yang kedua ailah bertawassul dengan iman dan tauhid. Seseorang hamba itu dibenarkan untuk bertawassul dengan iman dan tauhid yang mereka ada. Firman Allah yang berbunyi,

(Al-Imran:53)
"Ya Tuhan kami, kami telah beriman dengan apa yang Engkau turunkan dan kami telah mengikuti Rasul, kerana itu, tetapkalah hati kami bersama golongna yang memberi kesaksian.."

Selain itu, kita juga boleh bertawassul melalui nama-nama dan sifat Allah. Firman Allah yang berbunyi

(Al-Araf: 180)
".. dan bagi Allah itu segala nama-nama yang baik, maka berdoalah dengannya.."

Tawassul melalui doa orang-orang yang beriman juga dibolehkan. Sebagai contoh, kita meminta orang yang kita rasakan dekat dengan Allah untuk mendoakan perkara yang baik untuk diri kita. Sebagai contoh, meminta orang yang pergi menunaikan haji untuk mendoakan kita apabila berdoa di hadapan kaabah nanti.

Tawassul Bid'iy pula ialah taqarrub kepada Allah dengan perkara atau cara yang dibenci atau yang tidak diredhai oleh Allah sama ada dalam bentuk lisan, iktikaq mahupun amalan. Antara jenis tawassul yang tidak dibenarkan adalah berdoa dengan menyeru nama orang yand sudah mati ataupun roh-roh ghaib untuk terhindar daripada musibah. Namun, apabila matinya anak Adam itu, maka terputuslah dia dengan dunia. Apa yang diseru itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah makhluk seperti kita juga. Seperti firman Allah yang berbunyi,

(A-Araf-194)
"Sesungguhnya benda yang kamu seru selain Alllah adalah makhluk-makhluk seperti kamu juga.."

Selain itu, tawassul yang tidak dibenarkan adalah didoa dikawasan yang dianggap mustajab seperti dikuburan dan juga melalui kedudukan orang-orang soleh yang telah wafat.




Thursday, June 21, 2012

Assalamualaikum,,,
lama dah x mengupdate ini blog itu adoi.. (versi johara era) kekekek..
Alhamdulillah,, pagi jumaat yang berkat untuk 22/6/2012...
terima kasih Allah,, berikan nyawa kpadaku lg..
genap 22 tahun pkol 8.50 pagi td,, weweweewew..
mak ckp saya mmg lahir jumaat pn,, pagi,, bulan rejab.. alhamdulillah,,
setapak mendekati alam kubur....
terima kasih bg yang wish,,, kat hp atau kat fb,,
sgt2 appreciate that,,
to yana,, us, azie, teha,, zurai,, cia,, bkyah dll,, thax a lot.. huhu
ada dua tga msg sy dpt semalam mengingatkan sy tentang kematian..
yess!! mse tu akan dtg juga,,, tp x tahu ble,, dan dimana,,
semua tu telah ditetapkan..
mampu kah aku menggapai syurgaNYA..Doaku,,

YA ALLAH,,
ampunilah dosa-dosaku,,
sesungguhnya aku mencintaiMU dan RasulMU lebih dri segala-galanya..
kurniakan aku cinta hakiki itu YA RABB,,
tunjukkan aku jalan yang lurus,,
kurniakan aku hidayah agar tidak aku berpaling lagi..
lindungilah ak,, serta keluargaku,,
serta rakan2ku,, guru2ku,, kaum kerabatku..
hanya Engkau yang MAHA MENDENGAR, MAHA MELIHAT
MAHA PENYAYANG, lagi maha besar,,
amin..

terima kasih jugak kat fmly,, abah,, mak,, miza n joi,,
adoi,, wat drama plak malam td,, abah buat sy terharu je,, hek3..
yg encik adek plak bgi ayat mcm ni,,

"Semoga tabah hadapi ujian hidup"

aiisshh bdak ni dah matang ka? hahaha,,

tq to all.. sentiasa di hati,, ada mse update lg... ^___^

Hanya Aku Cinta Kau Seorang



suke lgu ni,,
first time dgar mcm lgu nasyid je,, hehehe...
layannnzaasssss..

* lirik tiada kena mengena dgn yg hidup atau mati..