Saturday, December 31, 2011

jangan mengeluh...^,^

~Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah " (QS 36 : 82).

~Ketika kita mengeluh : “ee, aku penat sangat ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ ... dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat " (QS 78 : 9).
... ...
~Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

~Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

~Ketika kita mengeluh : “ pe aku buat ni semua sia-sia ... ”.
اَللّهُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

~Ketika kita mengeluh : “ takde sorang pun nak tolong aku ... ”.
اَللّهُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

~Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (QS 9 : 40).

Segala masalah kita, persoalan kita, sudah terjawab oleh ALLAH, semoga Allah kuatkan hatimu. dan kuatkanlah hatimu kerana Allah.

Thursday, December 15, 2011

bersyukurlah selalu .. =)

Segalanya  yang  ku kecapi
Adalah milikMU Illahi
Takkan terbalas walaupun sebesar zarah
Thank You ALLAH…

Bismillahhirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t…

Dgan ati yang redho sy msuk lab smalam utk view sampel,,tawakal kpd Allah..dah ckp  dgn kwan awal2 lg,,mcm x dpt tgk bwah SEM coz sampel bakteria dah pecah,,,tp yg pelek ati sy x menggelabah n risau,,gerak ati sy ckp sy bleh tgk sampel tu,,huhuhu,,ble tgk kat computer tu,,,yippppiii!!!! Hip2 horrraaaayyy!!! Hahah,,Alhamdulillah sampel anak2 ku dpt ditgk dgan comelnye.. ce tgk kat bwah ni,,ni la slah stu gmba bacteria sy,,nmpak x ada smbung2  tu? x  clap sy bakteria tu wat proses conjugation (proses pertukaran plasmid) . changes of genetic material…nk tau detail cri sendiri,,hehhee




Ketenangan jiwa dan hati,,hehe,, tu la yang saya rasa skq ni,,Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan segala nikmat yang dikurniakan..

Semalam baru habis view  sample anak-anak (bakteria) guna SEM (scanning electron microscope). Actually, saya x sempat nk book SEM ari tu,, agak kelam kabut jugak la time tu, ble staf kat unit mikrografi tu ckp penempahan utk gne SEM dah ditutup dan akan dibuka balek pada 3.1.2011. Tp pastikan kene dtg awal time tu sbb ramai org dok berator utk book SEM tu nnt. Fuhh!! Lg la menggelabah dibuatnye,,,mane bleh nk wat men2 ngan fyp ni,,silap ari blan thesis cek x lgkap la..Tp Alhamdulillah, kwan sy bg trikh yg dye dah book  coz smple dye xde lg utk diproses..hihihii..

Sehari suntuk dok kat lab 13/12 ari tu nk proses sampel,,lme menuggu sbb nk centrifuge je pn..sampel tu sy dah prepared dlm sebulan yg lpas,,wahh,,excited! Haha,,gne centrifuge 1000 g pd 8000rpm..ble ckp kat staf tu (en rizal) , dye ckp tggi sgt sy pye rpm,,spatotnye pling tggi pn 4000rpm je,,mknenye sy dah wat double,,mayb bakteria akan pecah dan x bleh nk nmpak,,huuu,,tp alhamdulilah,, tq Allah,,telah permudahkan urusan ku…=’)


Exam coming soon!!!!!!

Hehe,,berjuang utk kali ke 5 spanjg belajar kat USM ni,,walaupun bz,,stresssss dan penat dgn lab,,sy akan cbe yang terbek,,insyaAllah..usaha dan tawakal…utk parent sy yang tercinta,,time kasih abah mak,,xkan sy lupe jasa kalian,,^^ good luck n all the best  juge kpda smua kwan2 ku..love u all….(^_^)


Friday, December 9, 2011

sahabatku,,,,(^_^)

Assalamualiakum w.b.t semua,,,
bersyukur ke hadrat Ilahi,,hari ini kita masih diberikan peluang berdiri di muka bumi ni..semalam adalah kenangan dan juga mungkin menjadi suatu sejarah pada kita semua,,hari ini adalah realiti dimana kita semua akn tempuhi,,semoga hari ini dan seterusnya  akn mendidik diri untuk semakin dekat dgn NYA, juga..sempat lg nk mengupdate yeppp...huhu,,ari tu bkk fb,,n my best frend kat matrik dlu ad share link blog dye,,terbek!!!!!!!!!!! ,,sajak berkenaan sahabat,,nk jgak sy kongsikan kat blog sy ni,,,,jom bce dan hayati,,(^__^)  
Bismillahirrahmanirrahim.

                                       Sahabatku,

Kata orang bercinta, biar jauh di mata tetapi tetap di hati. Andai rindu menggigit sukma, pandanglah pada sang rembulan di malam hari kerana bulan itu hanya satu dan di mana juga kita berada, kita tetap memandang bulan yang satu.

Kata orang berkasih, biar jauh di mata tetapi hadir dalam doa. Andai dilanda rindu dendam, segera memandang langit yang luas agar terasa keluasan rahmat Tuhan, mudah-mudah Allah yang Maha Pemurah itu segera mengaturkan pertemuan.

Kata orang saling menyayang, biar jauh di mata tetapi tetap diingati walau ke alam mimpi. Andai terasa sayangnya meluap-luap, pandanglah ke tanah agar segera mengingati mati, mudah-mudahan ingatan pada kematian akan melenyapkan keripuhan hati yang melanda.

Tetapi, pesan aku padamu wahai sahabat yang teramat, amat, amat aku sayangi... Andai di hatiku atau hatimu terdetik rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata... Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana dirimu terlalu istimewa. Aku tak mampu meluah rasa sekeping hatiku pada dirimu wahai sahabat.

Aku hanya mampu memujuk hati.

Jauhmu dariku adalah kerana Allah.Sepimu dariku adalah kerana kesibukan seharianmu sebagai penuntut ilmu.Senyapmu adalah kerana jadualmu padat sebagai pejuang agama Allah.Diammu adalah kerana dirimu dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh solehah.

Dan aku hanya terdaya meminta dan terus meminta dari Allah agar sentiasa memelihara sahabat yang aku cintai ini dengan sebaik-baik penjagaan. Kerana, hatiku selalu yakin bahawa tiada penjaga yang lebih hebat jagaannya selain dari Allah yang Esa. Hatiku terpujuk, jiwaku menunduk, perasaanku terduduk...

Sekeping hati ini aku berikan pada Allah, lantunan doa buat sahabat yang sentiasa hadir setiap sujud terakhir dalam solatku.

                                             Sahabatku,

Di saat mereka memandang rembulan, melempar pandangan pada keluasan langit, menjatuhkan hati memandang debu tanah yang berhembus perlahan... Aku tidak mampu menutup rasa hatiku, kerana kita sebenarnya punya KIBLAT YANG SATU. Hanya itu yang mampu mendamaikan ripuh gelora kalbuku saat merindui dirimu wahai sahabatku.


                                                  Sahabatku,

Walau di mana dirimu berada, apakah di utara selatan timur mahupun barat... Aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu hatta diriku tidak lagi beriringan di sisimu. Kita tetap bersama, dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu.


nukilan dari sahabat...
http://bicaratentangcinta.blogspot.com