Assalamualaikum.. Lama x mengupdate, upgrade blog ni.. bz + malas,, walaupun banyak benda rasa
nak tulis.. tapi, x semua bnda patot
kongsi.. klau smua dicerita, x privacy n special lgi la,, heeuuuu~
Alhamdulillah,, rezki dia.. in syaa Allah, salah sorang kwan
sy akan terbang ke Mekah isnin ni untuk wat Umrah.. Salah satu nikmat sy pikir
bila dpt menjejakkan kaki kat sana.. terpilih untuk jadi tetamu Allah.. em
hadiah, ya hadiah..
Sejuk hati bila tengok kwn sy yg sorg ni,, baik ati,,
lembut.. tp dalam kelembutan dia, diala org yg paling tegas sy rasa.. rsa
senang nk berkongsi masalah, positif.. bukan senang nak memiliki hati yang
tulus.. apa yg lahir dari mulut seseorang tu, menggambarkan hati dia..
bersyukur kepada Allah, sy diberi kesempatan untuk berkwan dgn org-org mcm ni..
sejak dari dlu, sekolah, n kat matrik lgi, Allah bg sy kawan2 yg baik hati.. ya
sy tekankan kat sni baik hati.. Allah x bg sy sendirian utk lalui ‘perjuangan’
dalam menuntut ilmu.. matrik, memang
mencabar bagi org yg x berapa genius mcm sy ni,, heheh.. Allah bagi sy hadiah
spaya sy pon boleh jd mcm tu ,, hehe.. (kawan je baik hati? Sy bila lagi? In
syaa Allah, cuba menjadi seorang yang baik hati,, (eh, tp sy bukan busuk hati
tau) ngee~)
Masih mencuba .. matlamat, hati yg baik, ikhlas.. kita jadi
baik bukan sebab kita baik, tapi sebab kita nak jadi baik.. hati kita Allah je
yg tahu.. keikhlasan kita.. akan perbaiki diri, cuba renung semula, percakapan,
kelakuan.. kadang2 diam lebih baik dari
byk bercakap benda2 yg kdang2 kita x tahu boleh bawak kepada dosa.. menyakitkan
hati kwan secara x lansung bila dah start bercakap ni.. maybe,, kepada kwan2 sy
sekalian, maafkan sy atas kesalahan yg sy lakukan, sama ada sedar atau tidak..
(sy tak sempurna, manusia x lari dari melakukan dosa).. sy sedar, kdg2 percakapan sy sinis dalam
sesuatu perkara, ya sy tahu, banteng kesabaran sy x terlalu kukuh.. in sya Allah,
lepas ni sy tambak dengan batu2 konkrik,, biar setajam mana pon lidah2 org yg
sy jumpa tu, x akan bagi kesan kepada sy.. telinga pon kena tahan jugak (proses mematangkan diri
sedang berlaku,, hihi) --kawan-kawan kat
lab 318 tahu kot,pstt semoga kita laluinya sama2 ye.. ---
Alhamdulillah, perjalanan Master wat setakat ni baik2
sahaja.. once again, sy ulang ayat yg sama, master ni banyak yang sy belajar,
kerenah manusia, projek, dll.. mana ada perkara yg senang dalam hidup ni kan,,
kalau senang je, xde la cabaran duniawi..
eh? Hee.. kadang2 bila kita berada kat zone selesa pon x best
jgak.. Allah bgi ujian, setimpal dengan
kemampuan manusia kan? Mana boleh kita kata kita sudah beriman sedangkan kita x
diuji.. ya, seringkali sy ingatkan diri sendiri jugak, kita ni xkan selamanya
kat atas, akan tiba masanya kita akan berada di zone bwah.. jangan pada waktu
ketika tu, baru nk ingat Allah.. pesanan pada diri sendiri.. Alhamdulillah,
duet, projek, Allah dah mudahkan, sekarang ni hanya tumpu kepada projek saja..
Setiap kesulitan, ada kemudahan, in sya Allah, ada jalan
keluar.. yakinlah, pertolongan Allah tu, datang tepat pada waktunya.. dan
jangan sesekali risau dengan rezki
Allah.. Allah tu maha kaya, maha mengetahui, apa2 boleh terus link dengan
Allah,, kita hamba kepada DIA yg maha penyayang.. rezki yg sedikit, akan rasa ckup, kalau kita
sentiasa bersyukur dan berdoa.. minta bantuan dari Allah.. egt lgi,, awal2
perjalanan nk buat master ni,, Alhamdulillah, Allah bagi rasa cukup dengan
rezki yg ada, mgkin rasa keberkatan tu (bukan riak, sekadar kongsi), walaupun
dalam bank ni ada 80rggit je,, huhu.. ujian2, bila dah lepas frasa kesulitan
tu, terasa manisnya, jika kita bersabar.. Alhamdulillah..
Pertolongan Allah, datang pada masanya.. bilek, mybrain,
mara.. semua Allah bagi.. kalau anda rasa anda
x mampu, menangisla dihadapanNYA.. bersyukurlah masih diuji, tanda Allah
saying kita.. (kawan-kawan, jom amalkan
solat dhuha, in syaa Allah,, semoga Allah permudahkan rezki kita.. ^,^)
Perjalanan nak jadi org yg baik, x semudah kata.. teori
sahaja x dapat mencapai matlamat andai
praktikal kita ‘tempang’.. ya, sy bukan org yg baik,, tapi sy cuba nk jd org yg
baik,, di senangi oleh semua org disekeliling saya.. cuba menjadi org yg
memudahkan urusan orang lain.. semoga Allah
permudahkan urusan sy kat sini..
perjalanan, sy xtahu akan berhenti di mana.. tapi, kita xkan mampu puaskan hati semua org,
cukup sekadar Allah tahu niat kita..
Berbalik kepada cerita yg asal,, point utama,, jadilah org
yg berhati baik, berubah kerana Allah,, dan
kalau ada rezki,, sy pon nak g sana jgak, buat Umrah or haji dengan
famly..
Tak lupa jugak,, selamat hari bapa untuk abah, abah hero no
1.. banyak yg abah korbankan sepanjang hidup ni,, in sya Allah,, xkan pernah
lupa.. sekolah, matrik, sampaila ke university.. adalah ‘kuajaq’ kalau sy lupa jasa2 abah..
nauzubillahminzalik.. semoga abah pnjg umor dan dimurahkan rezki.. satu benda
yg sy suka, pegang tangan abah, salam n cium tgan dia.. tangan kasar abah, dah
dapat bayangkan susahnya abah dlu cari rezki untuk besarkan kami.. dulu abah xde la gelap sgt, kerja tgh panas,, dlu
abh pernah kerja pernas nec, tp ujian utk abah.. hmmm... hanya Allah je mampu
balas semua tu.. we love u abah,, dunia
akhirat.. =)
Cuba menjadi anak yg baik, adik yang baik, kakak yg baik,,
kawan yg baik n isteri yang baik .. eh? Hehe, in sya Allah.. berubah kerana
Allah.. semoga sy dan keluarga sy diberi kesempatan oleh Allah untuk jejakkan
kaki kat sana jugak.. jadi tetamu Allah.. ^^
Alhamdulillah, atas segala nikmat .. syukur...
“merintih di hadapan Allah, menguatkan kita di hadapan
manusia”
"usah dipinta hidup yg mudah, tapi mintalah hati yang tabah"
"life is a journey from Allah to Allah"
Bagaimana mungkin Allah yang menciptakanmu dengan cinta lalu
membiarkan dirimu terbelenggu oleh luka.
Andai bukan kerana beratnya ujian,belum tentu hati mendamba perhatian Tuhan.
Adapun Allah sengaja membiarkan dirimu mengulang-ulang doa tanpa putus asa kerana doa begitu istimewa yang tidak tercerna oleh ayat semata-mata tapi tautan rasa dan harapan yang diterjemah bersama Iman.
Percayalah,kehendakmu selalu terburu,namun kehendak Allah sentiasa tepat waktu.Dan tiada lebih bahagia daripada menunggu pilihanNya yang tertulis khusus untukmu. -Aleeffa Yusof
Andai bukan kerana beratnya ujian,belum tentu hati mendamba perhatian Tuhan.
Adapun Allah sengaja membiarkan dirimu mengulang-ulang doa tanpa putus asa kerana doa begitu istimewa yang tidak tercerna oleh ayat semata-mata tapi tautan rasa dan harapan yang diterjemah bersama Iman.
Percayalah,kehendakmu selalu terburu,namun kehendak Allah sentiasa tepat waktu.Dan tiada lebih bahagia daripada menunggu pilihanNya yang tertulis khusus untukmu. -Aleeffa Yusof
tanamkan matlamat nk pergi sini jgak.. moga Allah makbulkan doa kita.. (tengok gamba pon dapat pahala tau..)