Friday, November 22, 2013

kongsi-kongsi~

Time sunyi, sorang2 macam ni, blog je la peneman aku...  (padahal boleh je rajinkan diri, bukak journal baca n start writing thesis sikit2.. huhu.. in sya Allah,, I will try my best)

Aku yang dulu...
Aku yang tinggi pengharapannya dengan pencipta,
Aku yang sentiasa memperingatkan diri,
Aku yang sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu,
Aku yang  kurang dalam percakapan,

 Aku rindu ‘AKU’ yang dulu..

Apabila pengharapanku dengan pencipta tinggi melangit, aku mampu melangkah dengan penuh yakin.. aku yang menantikan ujian yang  akan datang kepadaku.. kerana aku  tak mahu hidup dalam  zon selesa, lalai aku x akan menjadikan  insan yang akan ke syurga abadi..

Aku rindu aku yang dulu.. . selalu  memperingatkan diri, bahawa aku perlu berusaha untuk mencapai target  dalam sesuatu .. selalu ingat bahawa,  harapan mereka yang aku bawa untuk melihat aku mampu menjadi yang terbaik  terhadap jalan2 yang aku pilih..  aku tidak mahu hanya mementingkan diri  apabila aku kata aku tak mampu..

Aku yang sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu..  walau susah, aku cuba, kerana aku x mahu menyerah sebelum aku mencuba.. selalu aku tanamkan  dalam hati aku,, “xpe, aku dah berusaha, sekarang aku kena tawakal, aku letakkan diriku kepada DIA, semua ilham, adalah datang daripada DIA”  apa rezki sekalipon, sama ada mengikut apa yang aku inginkan atau tidak, semuanya aku yakin, adalah yang terbaik untuk aku.. mana mungkin Allah mahu menzalimi hambaNya...

Nota2 harapan x akan pernah lekang dengan aku.. setiap muka depan buku, akan aku selitkan nota2 ini supaya aku  dapat melawan  diri aku sendiri..  “good luck!, zura boleh!, gagal sekali tak bermakna gagal untuk selama-lamanya, ext ...   Once u choose HOPE, anything is impossible..  

Aku yang  pendiam.. dan pendiam selalu di kaitkan dengan skema.. hehe.. ye ka aku pendiam? Mungkin tak dengan kawan2 yang dah kenal rapat dengan aku..  or myb aku ni pemalu kot..  orang yang tak kenal aku, mungkin takot nak berkawan ngan aku,  tapi bagus jgak menjadi pendiam ni,  x banyak dosa mengumpat yg aku dapat.. teringat masa matrik dulu, kawan kat depan bilek aku pernah cakap, x pernah dengar  aku mengumpat orang,, huhu.. time matrik mgkin la kot,, zaman yg kalau aku nak tulis satu2 mmg  xkan larat punya.. kenangan, biarla dia abadi dalam hati aku.. 

Jujur, aku rindu aku yang dulu...  cukup hanya Allah bagiku..  bila Allah ada, aku ada semua.. aku yang selalu bangun bila terjatuh  dari ujian kehidupan, aku yang xkan mudah mengalah..  aku ingin jadi aku yang dulu..  bersikap kebal dengan kerenah manusia, bla  bla  bla.... ..  mulai sekarang, aku kena berubah! Keluar dari zon selesa.. macam arwah Ammar.. subhanallah, seorang yg sangat istimewa.. sangat matang dalam ‘agama’ walaupon baru berusia 20 tahun.. Allah mengangkat darjat arwah, mulianya akhlak beliau..  Allah tahu apa yg tersimpan dalam setiap hati manusia..  bagaimana pula dgan aku nnt? Semoga aku  tidak lalai dengan tujuan hidup di dunia ni... dunia adalah jabatan untuk ke sana..  

Aku nak jadi orang yang baik, yg memudahkan urusan orang lain, boleh disimpulkan, semua yg baik2 semua aku nak jadi lah.. huhu..  mampukah? Aku manusia biasa, iman pon kadang ada naik turun.. astaghfirullah.. em xpe la.. dan aku nak jadi org yg x kisah bila sorang2  bila xda kwan nk ajak  berjalan ke shopping ke hape, yela  kwan2 sekeliling bz dengan tunang la, bf la, famly, tinggalla aku sengsorang kat bakti  permai tu... tssskk,, tssskkk .. xpe , aku tau, aku x pernah sendirian..

X kisah la apa2 pon, aku nk cepat2 habis Master, cari kerja, balas jasa mak abah..  disamping jadi Hamba Allah kat muka bumi ni... perjalanan aku masih jauh.. aku janji aku akan wat yang terbaik  untuk  hidup aku.. semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah...  Ya Allah, mudahkanlah, jangan Kau susahkan, Ya Allah, akhirinya dengan kebaikan..   amin..

p/s : Dan  yang paling aku rindu... aku dulu yang kurus! Agaga...  aktiviti makan ikot suka semakin galak dilakukan, jogging or exercise susahnye nk di wat, mana mau kurus kalau gtu... adoi... insafla zura! 

matrikulasi - KMKN





USM - Saujana M03