Saturday, December 31, 2011

jangan mengeluh...^,^

~Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah " (QS 36 : 82).

~Ketika kita mengeluh : “ee, aku penat sangat ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ ... dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat " (QS 78 : 9).
... ...
~Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

~Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

~Ketika kita mengeluh : “ pe aku buat ni semua sia-sia ... ”.
اَللّهُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

~Ketika kita mengeluh : “ takde sorang pun nak tolong aku ... ”.
اَللّهُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

~Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (QS 9 : 40).

Segala masalah kita, persoalan kita, sudah terjawab oleh ALLAH, semoga Allah kuatkan hatimu. dan kuatkanlah hatimu kerana Allah.