Friday, May 23, 2014

kita melakukan kebaikan bukan nak dapatkan penghargaan manusia, bukan jugak sebab nak dapatkan pujian manusia.. kalaulah keredhaan manusia yang kita cari dan bukan keredhaan Allah yg kita kejar, maka rugilah kita sebagai hamba..

jika suatu hari aku memudahkan urusan kamu, anggap sahaja itu daripada Allah, yang menggerakkan hati aku untuk memudahkan urusan kamu.. aku tidak mengharapkan penghargaan mahupun pujian daripada kamu.. cukuplah kamu mendoakan kebaikan dan keberkatan dalam hidupku dan ahli keluargaku, didunia dan diakhirat.. cukuplah jika Allah menyimpan sesuatu kebaikan dan ganjaran untukku pada masa yang DIA tahu bila aku memerlukan..

doakan aku menjadi hamba dan tetap menjadi hamba, cukuplah Allah yang membalasnya dengan kebaikan, DIA maha kaya,, selamatkan aku dan keluargaku YA ALLAH,, di dunia akhirat.. hidupkan, matikan dan temukan kami dalam iman..
Assalamualaikum.. 
perkongsian dari seorang 'sahabat'..  terima kasih YA ALLAH, kerana menghadirkan 'catalyst' supaya aku sentiasa beringat.. ketika diri rasa 'keseorangan', cinta ALLAH memberi 'sign' aku tidak pernah keseorangan.. ALLAH sedang menjagaku, dengan kasih sayangNYA.. aku yakin, in sya Allah.. Alhamdulillah.. semoga kita ambil manfaat,, in sya Allah, moga Allah memberi petujuk dan kebaikan kepada kita semua.. moga ada saham untuk aku di sana..

rindu seorang hamba 

Nota kaki~ 

-Berikanlah kebaikan kepada siapa sahaja yang hampir dengan mu nescaya kebaikan akan sentiasa menghampiri mu!

-Hari menjadi suram apabila kurang memberi.... jadi serikan semula dengan banyak memberi. Berilah kata-kata yang baik, senyuman yang manis, pandangan yang lembut dan doa yang tersembunyi buat orang lain...InsyaAllah, tangan yang menghulur bunga mawar akan berbau harum!


-Pahrol Mohamad Juoi-