Tuesday, November 30, 2010

reNuNgaN,,,^^

Syeikh Abdulkadir Al Jailani telah memberikan beberapa panduan tentang bagaimana untuk sentiasa bersangka baik sesama manusia.Dibawah adalah panduan dari beliau:

Jika kita bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik dari kita.

Ucapkanlah di dalam hati :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika kita bertemu anak kecil,

Ucapkanlah di dalam hati :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika kita bertemu orang yang lebih tua,

Ucapkanlah di dalam hati :

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika kita bertemu dengan seorang yang berilmu,

Maka ucapkanlah di dalam hati:

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika kita bertemu dengan seorang yang bodoh,

Maka katakanlah di dalam hati :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika kita bertemu dengan orang kafir,

Maka katakanlah di dalam hati :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk

Thursday, October 28, 2010

gOOd LuCk,,,seMoga keJaYaan meNgiriNgi Langkah kiTa,,,seSungGuhnya,,,keJayaAn itu,,,dataNg daRi ALLAH,,,^^

- Doa memulakan ulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًاMaksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Saturday, October 16, 2010

uNtuKmu WaNita...^^

Saudariku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.

Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.

Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.

Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.

Saudariku,

Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.

Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.

Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.

Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.

Saudariku,

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.

Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Thursday, October 14, 2010

freNd 4 ever,,^^


DAUN YANG JATUH TAKKAN MEMBENCI ANGIN....> Bertemu dan Berpisah KeranaNYA<

 “ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

 KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

 PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”

 Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.
 Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya. 

 Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

 Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa. 

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.
 Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya. 
Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah.

 Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.
  

A strong friendship doesn't need daily conversation;
doesn't always need togetherness,
As long as the relationship lives in the HEART,TRUE FRIENDS will never part....(^__^)




YA ALLAH,,,andai kesedihan ini telah kau tentukan hanya untuk mendugaku,,kuatkanlah hatiku untuk menghadapinya,,,,,,andai itu yang telah ditetapkan oleh MU,,berikanlah kemanisan di atas segala yang kau berikan ini,,,,sesunnguhnya,,hanya ENGKAU yang maha mengetahui hati kerdil hambaMU ini,,,,YA ALLAH,,,lindungilah ak serta keluargaku,,,,kerna ak tahu,,,setiap yang berlaku,,,pasti ad tersimpan 1001 hikmah disebaliknya,,,,air mata itu membuatku kembali kuat,,,semoga ak sentiasa kuat,,,kerana ak tahu,,,ENGKAU tidak akn menguji hambaMU jika tiada hambaMU mmpu mengharungiNya,,,,aminn,,,,,

juSt 4 Fun,,huhuhu,,,^^

20 Cara Menjadikan Rumate Anda Gila
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Saturday, October 9, 2010

JODOH ITU KETENTUAN TUHAN,,,,^^

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

“…Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.”

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

1. Kita Diseru Untuk Memilih Pasangan Hidup
Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 1-4:



بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيم

يٰأَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُمُ الَّذى خَلَقَكُم مِن نَفسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنها زَوجَها وَبَثَّ مِنهُما رِجالًا كَثيرًا وَنِساءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذى تَساءَلونَ بِهِ وَالأَرحامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلَيكُم رَقيبًا

(1) Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

وَءاتُوا اليَتٰمىٰ أَموٰلَهُم ۖ وَلا تَتَبَدَّلُوا الخَبيثَ بِالطَّيِّبِ ۖ وَلا تَأكُلوا أَموٰلَهُم إِلىٰ أَموٰلِكُم ۚ إِنَّهُ كانَ حوبًا كَبيرًا

(2) Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.

وَإِن خِفتُم أَلّا تُقسِطوا فِى اليَتٰمىٰ فَانكِحوا ما طابَ لَكُم مِنَ النِّساءِ مَثنىٰ وَثُلٰثَ وَرُبٰعَ ۖ فَإِن خِفتُم أَلّا تَعدِلوا فَوٰحِدَةً أَو ما مَلَكَت أَيمٰنُكُم ۚ ذٰلِكَ أَدنىٰ أَلّا تَعولوا

(3) Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

وَءاتُوا النِّساءَ صَدُقٰتِهِنَّ نِحلَةً ۚ فَإِن طِبنَ لَكُم عَن شَيءٍ مِنهُ نَفسًا فَكُلوهُ هَنيـًٔا مَريـًٔا

(4) Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.



Perintah Allah agar kita memilih jodoh masing-masing dan berkahwin demi mencari keredhaan-Nya dikuatkan lagi oleh hadis ini:

"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya. Maka pilihlah agamanya..."



2. Ketentuan Tuhan
Sebuah hadis ada menyebut:

لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ

“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”

Usaha kita dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan. Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan rahmat daripada Allah agar insan yang kita pilih itu dijodohkan dengan kita.

“Jodoh ketentuan di tangan Tuhan”. Itulah ungkapan yang sering kita dengari apabila berbicara tentang soal hati. Malah ada yang sudah berputus asa dan rasa muak dengan ungkapan tersebut kerana sudah sering mendengarnya setiap kali usai meluahkan rasa hati kepada seseorang. Jangan sekali-kali kita berputus asa daripada rahmat Allah sebaliknya, sandarkan lah perjalanan hidup kita kepada ketentuan Qada’ dan Qadar, iaitu takdir yang baik mahupun yang buruk. Itu adalah syarat pertama jikalau kita mahu mencari pasangan hidup, dengan tujuan kerana ingin mendapatkan keredhaan-Nya. Jika kita hanya mencari pasangan kerana terikut-ikutkan keadaan semasa di sekeliling kita, atau hanya kerana suka-suka, nescaya tujuan kita itu tidak disandarkan kepada iman sepenuhnya dan nescaya hati kita akan gundah-gulana dan bagaikan dirobek apabila pilihan di hati tidak menjadi kenyataan.

Hal yang demikian itu sebenarnya merangkumi segenap aspek dalam kehidupan seorang Muslim dengan lebih menyeluruh, bukan terhad hanya dalam soal hati. Ia adalah resepi kehidupan yang sempurna dalam kita mengejar kebahagiaan hidup yang hakiki. Di dunia dan di akhirat. Bersyukurlah dengan segala kurniaan-Nya. Hiduplah dengan penuh sederhana. Kerana itulah intipati kepada cara hidup Islam.

Gunakan Akal & Ikut Gerak Hati

Manusia hanya menggunakan 15% daripada akalnya dan 85% daripada hatinya dalam mencari rumusan atau jawapan, cuma, bagaimana Akal dan Hati itu berfungsi ianya bergantung kepada manusia itu sendiri. Adakah kita dalam keadaan tenang ketika mencari jawapan ataupun dalam keadaan resah dan gelisah menanti jawapan yang tidak pasti? Adakah si dia insan yang menjadi pilihan hati itu jodoh kita?

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1) Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2) Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3) Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4) Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5) Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6) Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7) Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8) Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9) Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10) Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

NOTA: Berkenaan mimpi petunjuk – “Saya tak jumpa mana-mana hadis yang menyebut bahawa petunjuk dari istikharah akan didapati melalui mimpi. Yang disebut oleh hadith ialah melalui gerak hati. Hadith tersebut menyebut, setelah istikharah, ambillah apa yang pertama digerakkan oleh hati selepas istikharah itu. Kalau tak ada gerak hati, ulangi istikharah, dan serahkan keputusan sepenuhnya kepada Allah. Jangan pula kita ada preference dalam hati waktu melakukan istikharah, kerana hasilnya mungkin apa yang kita inginkan, bukan petunjuk dari Allah.” (rahim11)

Solat Istikharah

Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:

“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.”
(Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)

Solat istikharah ialah solat untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya di antara dua pilihan. Hanya boleh beristikharah untuk benda yang HARUS sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan. Dalam hadis yang lain:

“…Tidakkan menyesal orang yang beristikharah”

Sabda Nabi SAW:

“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”
(HR.Thabrani).

Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu; gerak hati), mestilah patuh.

Bila?
Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.

Berapa lama?
Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. Insya-Allah diberi petunjuk (tidak semestinya melalui mimpi).

Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut:

“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:

Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.

Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”

(Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2)



Wallahu’alam. Selamat mencari jodoh.

Thursday, September 30, 2010

cinTa kuDus,,,^^




 
Titisan rindu hiasi taman kasih Tanda Illahi merahmati cinta abadi Seharum kasturi seindah pelangi Sedamai hati memiliki cahya Illahi Kurnia Tuhan untuk hambaNya Cinta kudus kan terus bertakhta Bersemi mewangi di jiwa Bagai butir permata yang indah Terang sinarnya malam senja Iman dan taqwa saksinya Bagai air yang mengalir tiada akhirnya Janji kepastian suka duka dijadikan iktibar Di hujung penantian kecapi gemilang Mekar di hati indah buana dirahmatiNya Cinta kudus kan terus bertakhta Bersemi mewangi di jiwa Bagai butir permata yang indah Terang sinarnya malam senja Iman dan taqwa saksinya Impian inginkan melihat ketenangan Hidup bahagia penuh kasih dan sayang Mimpi kedamaian harap kenyataan Seluruh insan menjalinkan ikatan Kurnia Tuhan untuk hambaNya Cinta kudus kan terus bertakhta Bersemi mewangi dijiwa Bagai butir permata yang indah Terang sinarnya malam senja Terus bertakhta...

Wednesday, September 29, 2010

kErja kursuS,,,

PENDAHULUAN

Salah satu dari aspek mukjizat Al-Quran ialah al-i’jaz al-ilmiyy iaitu mukjizat dari segi fakta-fakta ilmiah dan saintifiknya. Al-Quran adalah mukjizat yang diturunkan Allah kepada nabi Muhammad S.A.W secara berperingkat-peringkat melalui perantaraan malaikat Jibril. Al-Quran merupakan mukjizat yang bersifat abadi dan berbeza dengan mukjizat-mukjizat yang diturunkan Allah kepada rasul-rasul sebelumnya. Al-Quran merupakan panduan umat Islam hingga ke akhir zaman.
Allah S.W.T telah mengurniakan akal, fikiran dan kuasa kepada manusia untuk mengkaji setiap kejadian di muka bumi ini dan juga memilih sama ada jalan yang baik atau sebaliknya. Kini telah terbukti begitu banyak penemuan baru ilmiah pada zaman moden ini seperti peringkat pertumbuhan janin dalam ilmu sains, perbezaan cap jari antara manusia, kejadian ‘Cat Eye Nebula’, peredaran matahari bulan bumi serta planet-planet yang lainnya, rahsia graviti bumi hingga ke rahsia warna hijau pada daun-daun yang telah ternyata segala-galanya telah ditegaskan oleh Al-Quran.
Beberapa isi penting telah saya selitkan dalam penyediaan esei ini yang menerangkan pengertian Mukjizat, contoh berkaitan dengan pembuktian kajian saintifik yang telah tercatat dalam Al-Quran dan juga telah saya selitkan contoh-contoh dalil yang terdapat dalam Al-Quran itu sendiri.
Diharapkan segala isi kandungan esei ini dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri serta kepada yang membacanya. Sesungguhnya segala kebaikan itu datangnya daripada Allah dan segala keburukan dan kelemahan dalam menyiapkan esei ini adalah kelemahan saya sendiri.
Sekian, Wasalam….

PENGERTIAN AL-QURAN SEBAGAI MUKJIZAT ILMIAH

Al-Quran memberi maksud mengumpulkan dan menghimpun serta bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata dalam satu ungkapan kata yang indah. Al-Quran merupakan kalam (kata-kata Allah yang tidak berhuruf dan bersuara) Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW yang diawali dengan surah al-fatihah dan diakhiri dengan surah an-nass. Al-Quran diturunkan kepada manusia secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun dan tiada penentangan antara satu sama lain. Al-Quran ditulis di dalam mashaf, iaitu dalam bahasa Arab, disampaikan secara mutawatir.
Isi kandungan Al-Quran menyentuh pelbagai aspek ilmu pengetahuan dan menjangkaui alam fizik dan metafizik. Al-Quran menceritakan fakta dan perkara yang lepas atau yang akan datang yang tidak pernah diketahui oleh manusia. Contoh-contoh fakta ini akan saya kupas seba sedikit melalui penghasilan esei ini. Selain daripada itu, ketinggian bahasa dan sastera Arab yang digunakan di dalam Al-Quran membuktikan ia sebagai wahyu daripada Allah dan bukan karangan semata-mata oleh Rasulullah SAW yang ‘ummi’ . Ketinggian bahasa Al-Quran ini terbukti dengan tiada siapa yang sanggup menyahut cabaran Al-Quran untuk mengarang ayat serta surah-surahnya. Al-Quran juga merupakan janji jaminan pemeliharaan oleh Allah.
Fungsi utama al-Qur'an adalah kitab petunjuk (kitabul hidayah) kepada umat manusia. Di samping itu al-Qur'an juga memiliki fungsi-fungsi yang lain seperti Kitab berita (an-Naba’ wal akhbar), dari sini kita dapat melihat bahawa Al-Quran berfungsi sebagai pemberi berita kepada seluruh umat merangkumi perkara-perkara yang telah dan yang akan berlaku. Selain itu, Al-Quran juga berfungsi sebagai Kitab hukum dan aturan (al-hukmu wasy syari’ah). Pelbagai hukum hakam yang merangkumi kehidupan manusia seperti perkahwinan, talak, hukum minum arak, zina, merompak serta berjudi telah tertulis di dalam Al-Quran. Al-Quran juga berfungsi sebagai Kitab ilmu pengetahuan (Kitabul ‘Ilm) yang juga boleh dijadikan sumber rujukan dalam menuntut ilmu pengetahuan.


Mukjizat secara terminologi berasal dari kata al-i'jaz dari 'ajaza yang bererti melemahkan atau mengalahkan. Menurut Imam as-Suyithi dalam kitab Al-itqan fi 'Ulum Al-Qur'an adalah kejadian yang melampaui batas kebiasaan, tanpa ada tandingan .Menurut Ibnu Khaldun adalah perbuatan-perbuatan yang tidak mampu ditiru manusia. Maka ia dinamakan mukjizat, tidak termasuk dalam kategori yang mampu dilakukan oleh hamba Allah, dan berada di luar kemampuan.
Al-Quran merupakan mukjizat yang bersifat abadi, berbeza dengan mukjizat rasul-rasul sebelumnya. Al-Quran adalah mukjizat ilmiah yang mengajak manusia untuk membahaskan dan meneliti ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran sekali gus menemukan hakikat ilmiah yang telah tercatat sejak zaman berzaman. Maka tidak hairanlah apabila Al-Quran menegaskan kebenaran terhadap apa yang telah dihasilkan oleh penemuan-penemuan ilmu seperti ilmu sains. Setelah ratusan tahun para pakar baru menemui pelbagai kajian dalam pelbagai bidang. Mereka juga telah berjaya menemui fenomena-fenomena
sosial, politik, hukum-hukum, ilmu fizik , dan sebagainya. Al-Quran telah menerangkan segala-galanya sebelum manusia menemui kejayaan dalam setiap pengkajian mereka. Semua kajian itu telah lama terbukti dalam Al-Quran dan telah terbukti kebenarannya.
Mukjizat adalah satu perkara luar biasa dan berbeza dengan undang-undang alam, ataupun kejadian alam biasa. Allah S.W.T telah mengurniakan mukjizat itu kepada RasulNYA untuk menunjukkan dasar-dasarNYA serta menetapkan mereka di atas dasar-dasar tersebut. Di samping itu Allah S.W.T mengingatkan manusia bahawasanya para Rasul itu adalah utusan-utusanNYA yang mendapat sokongan dari langit. Dan apabila sesuatu itu mendapat sokongan, dan bantuan dari langit, nescaya akan berhentilah segala undang-undang dan kebiasaan manusia dan menjadikannya lumpuh ketika berhadapan dengan perkara tersebut.




Mukjizat-mukjizat yang diturunkan Allah kepada RasulNYA mempunyai perbezaan yang nyata dan mengatasi segala perkara-perkara yang luar biasa yang pernah berlaku kepada manusia. Al-Quran juga boleh dikategorikan sebagai sumber rujukan yang sangat berharga bagi sesiapa yang mengkajinya dan juga merupakan satu ibadat jika kita membacanya walaupun tidak mengerti maksud di sebalik ayat tersebut.
Mukjizat juga merupakan kelancaran kekuasaan Allah yang maha berkuasa.DIA dapat melakukan sesuatu yang dikehendakiNYA. Mukjizat juga bermaksud untuk menyempurnakan penciptaan dalam semua jurusannya sehingga ada yang dijadikannya tanpa lelaki dan perempuan, lelaki saja tanpa perempuan, ada yang dari lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki Allah S.W.T dan yang terakhir sekali dijadikannya juga perempuan sahaja tanpa lelaki. Dengan itu telah sempurnalah kejadian peringkat penciptaan manusia.
Al-Quran juga dapat memberikan interpretasi kepada setiap tunas baru, berbeza dengan interpretasinya kepada tunas yang sebelumnya. Al-Quran itu diturunkan kepada alam semesta, iaitu kepada umat seluruh dunia tanpa ada pengkhususan kepada sesuatu kaum sahaja, akan tetapi Al-Quran adalah panduan bagi membentuk agama yang sempurna bagi seluruh manusia. Lantaran itu, maka Al-Quran mempunyai sifat yang sempurna dan mempunyai interpretasi yang baru bagi setiap tunas.



Contoh-contoh mukjizat ilmiah yang terdapat dalam Al-Quran berserta dalil
1)ISTILAH-ISTILAH EMBRIOLOGI DI DALAM ISTILAH AL-QURAN
Firman Allah (Al –Mu’minun 12-14)
“ Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada suatu seripati ( berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang. Lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian jadikan dia makhluk yang(berbentuk) lain. Maka maha suci Allah, Pencipta yang paling baik.
(Nuh 13-14)
“Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah mencipta kamu dalam beberapa tingkatan kejadian.
Al-Quran telah memperjelaskan tahap-tahap pembentukan embrio manusia sebelum kajian sains membuktikan kesahihan proses-proses yang berlaku dalam proses pembentukan bayi. Di sini saya akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang tahap-tahap perkembangan manusia di dalam kandungan. Tahap pembentukan manusia terbahagi kepada beberapa bahagian.
1.NUTFAH
Nutfah bermaksud “setitik bendalir” . Di dalam Al-Quran istilah ini digunakan dengan membawa tiga maksud yang berlainan iaitu:
1. Nutfah lelaki (mewakili kepada sperma yang membawa kromosome X atau Y yang juga memainkan peranan yang penting dalam penentuan jantina bayi)
2. Nutfah perempuan (mewakili ovum iaitu sel yang terbesar di dalam tubuh badan manusia, dan juga membawa kromosome X)
3. Nutfah yang bercampur antara nutfah lelaki dan perempuan sehingga menjadi sebati..disebut di dalam Al-Quran sebagai “Nutfatul Amsyaj” (merujuk kapada sperma dan ovum yang telah berjaya disenyawakan)
Firman Allah dalam surah (Ath- Thaariq)
“Maka hendaklah manusia memperhatikan daripada apakah dia diciptakan? Dia diciptakan dari air yang terpancar, yang keluar dari antara tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan.


2.ALAKAH
Alakah bermaksud “sesuatu yang bergantung dan melekat” ke dinding rahim.
Sel-sel sperma secara automatik akan menuju ke arah ovum kerana terdapat sejenis bahan kimia yang dirembeskan oleh ovum untuk menarik sperma-sperma ini datang ke arahnya untuk tujuan persenyawaan. Proses persenyawaan ini biasanya akan berlaku di tiub fallopian.
Di antara beribu-ribu sperma yang datang, namun hanya satu sahaja sperma yang akan berjaya disenyawakan dengan ovum. Selepas proses persenyawaan ini berlaku, zygote akan terbentuk. Zygote akan membahagi untuk membentuk embrio. Embrio akan bergerak keluar dari tiub fallopian dan akan menuju ke dinding rahim untuk proses penempelan. Di sini kita dapat lihat bahawa “sesuatu yang bergantung dan melekat” ke dinding rahim membawa kepada proses-proses yang telah saya terangkan di atas. 3.MODGHA
Modgha bermaksud “seketul daging yang telah dikunyah”. Al-Quran telah menggambarkan tahap ini seumpama seketul daging atau makanan yang telah.



Sel akan membahagi selepas 30 jam disenyawakan. Sel-sel akan membahagi sehingga akan terbentuk tiga lapisan iaitu bahagian luar lapisan, lapisan tengah dan lapisan yang paling dalam. Pembentukan tiga lapisan ini terhadap embrio akan membawa kepada beberapa asas bentuk badan manusia. Pda peringkat ini, embrio akan kelihatan seperti “seketul daging yang telah dikunyah” serta seperti terdapat kesan-kesan gigit.
Di samping itu, modgha terbahagi kepada dua iaitu Modgha Mokhalaga dan modgha tak Mokhalaga. Modgha Mokhalaga bermaksud proses pembentukan organ-organ dalaman manusia akan terbentuk di peringkat ini melalui proses-proses pembahagian sel manakala Modgha tak Mokhalaga pula membawa maksud yang bertentangan iaitu proses pembentukan organ-organ tidak akan berlaku dan berlaku juga pengguguran pada peringkat ini. Di dalam embriologi iaitu tahap yang paling kemuncak dalam pembahagian-pembahagian sel.

4. PEMBENTUKAN TULANG DAN DAGING DARIPADA “MODGHA”
Al-Quran telah menjelaskan bahawa “Modgha” akan bertukar menjadi tulang dan tulang belulang yang diselaputi oleh daging (otot-otot) .Konsep ini terdapat dengan jelasnya di dalam embriologi moden di mana somit berbeza kepada Sklerotom dan Miotom. Sklerotom berfungsi untuk menghasilkan sistem tulang belulang manakala Miotom pula berfungsi menghasilkan sistem otot.
Dari segi kejadian, sistem tulang belulang mendahului sistem otot. Hal ini kerana, tulang-tulang manusia yang terbentuk akan diselaputi oleh daging-daging yang membentuk otot. Otot merupakan salah satu peranan penting dalam mengawal sistem pergerakan tubuh manusia. Konsep mengenai kejadian manusia yang bermula dari peringkat embrio hingga ke tahap kompleks merupakan satu perkembangan dalam ilmu pengetahuan yang teleh diutarakan oleh Wolff dalam tahun 1839. Namun, di dalam Al-Quran, Hadis dan Kitab-kitab Tafsir semenjak zaman Ibn Ab-bas iaitu sepupu Nabi, semuanya telah menggariskan konsep kejadian manusia yang bermula dari peringkat embrio hingga ke tahap kompleks pada 13 abad sebelum perkara ini diselidiki secara saintifik.


2)BUKTI MANUSIA MEMPUNYAI CAP JARI YANG BERBEZA
Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. (Surah al-Qiyamah; 3-4)
Setiap orang memiliki set cap jari yang unik bagi dirinya. Setiap manusia yang hidup atau pernah hidup dalam dunia ini mempunyai satu set cap jari yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan cap jari ini mempunyai kepentingan kepada kehidupan. Hal ini kerana, perbezaan cap jari ini boleh digunakan sebagai satu bukti penting pengenalan diri, yang eksklusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan identiti di seluruh dunia.
Penemuan penting cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke 19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah satu lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian yang spesifik. Bagaimanapun dalam Al-Qur'an, Tuhan mengisyaratkan cap jari, fakta yang tidak menarik minat siapa ketika itu, dan menarik tumpuan kita kepada kepentingannya- satu kepentingan yang akhirnya baru difahami hari ini.




3)BUKTI KEJADIAN SIANG DAN DALAM MALAM DI DALAM AL-QURAN

Firman Allah,
“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan Bumi serta silih bergantinya siang dan malam terdapat tanda-tanda orang yang berakal” Ali Imran : 190

Perkataan malam dan siang di dalam al Quraan diulang berulang kali ( malam- Al-Lail : 73 kali dan .siang An-Nahr : 53 kali. )

Di antara kekuasaan Allah ialah telah menjadikan siang dan malam. Fitrah kehidupan manusia, siang dijadikan untuk manusia keluar melakukan pekerjaan untuk mencari rezeki serta mencari kurniaanNYA. Kejadian langit malam berbeza dengan langit siang. Berbeza situasi pada waktu siang, Allah telah mengurniakan kita dengan cahaya terang iaitu melalui pancaran dari matahari yang juga merupakan pusat cakerawala. Allah telah menjadikan matahari yang memberi banyak kebaikan kepada bumi. Matahari bertindak menyinari Bumi pada waktu siang untuk menyuburkan tanaman, proses penyejatan air hujan dan sebagainya.
Siang lebih panas dari malam. Malam untuk manusia serta makhluk ciptaan Allah yang lain beristirahat serta memberi tumpuan dalam beribadat kepadaNYA. Selain itu juga, pada waktu malam, Allah telah memberi kita nikmat dengan kita dapat melihat keindahan bintang- bintang dan objek langit menghiasi langit malam sebagai menenang dan penyejuk bagi sesiapa yang memandangnya. Siang beransur-ansur pergi dan malam beransur-ansur datang. Kejadian siang dan malam silih berganti pada setiap hari. Keadaan ini berlaku kerana Bumi berputar pada paksinya semasa ia mengelilingi orbit Bumi. Satu putaran Bumi pada paksinya memakan masa selama 24 jam. Bumi berputar pada paksinya dengan kelajuan 1700km per jam dan mengorbit Matahari dengan kelajuan 30 km sesaat.




Apabila Bumi mengorbit Matahari menyebabkan bahagian yang menghadap Matahari akan mengalami siang dan yang membelakangi matahari akan mengalami malam. Oleh kerana paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah, hal ini menyebabkan ada bahagian Bumi yang akan mengalami panjang siang dan malam yang berbeza.
Siang bermula apabila Matahari terbit dan berakhir apabila Matahari ghurub. Malam berlaku apabila keadaan sebaliknya berlaku.
Dari sini kita dapat lihat bahawa, kajian tentang peredaran bumi berputar di atas paksinya mengelilingi matahari akan terjadinya proses siang dan malam seperti mana yang telah tertulis sekian lama di dalam Al-Quran tentang kejadian ini terbukti benar. Kejadian siang dan malam ini merupakan salah satu petunjuk Allah yang disampaikan melalui Al-Quran.

4)BUKTI SUSU IBU DALAM AL-QURAN
Susu ibu adalah ciptaan Tuhan yang tiada bandingannya. Kepentingan dan kebaikan susu ibu kepada tumbesaran bayi tidak perlu dinafikan lagi. Susu ibu merupakan sumber makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan merupakan satu sebatian yang meningkatkan imuniti melawan penyakit. Walaupun kini terdapat pelbagai jenis susu formula yang telah dihasilkan, namun tiada satu pun yang dapat menandingi khasiat susu ibu ini.
Pelbagai kebaikan berkaitan susu ibu kepada bayi ditemui. Satu fakta telah menyingkap mengenai khasiat susu ibu ialah bahawa proses penyusuan selama dua tahun selepas kelahiran adalah sangat berfaedah. Tuhan memberikan kita satu maklumat penting yang ditemui oleh sains baru ditemui kini, dengan ayat "….. susuannya mengambil dua tahun" 1400 tahun lalu.
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah megandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan (dari susuan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu. (Surah Luqman; 14)

5)BUKTI KEJADIAN LAPISAN ATMOSFERA
Di dalam Al-Quran telah menyebut bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan. Firman Allah dalam (Surah al-Baqarah; 29) dan (Surah Fusilat; 12) yang bermaksud
ialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)
Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Fusilat; 12)
Perkataan langit-langit yang disebut di dalam Al-Quran ini merujuk kepada langit yang berada di atas permukaan bumi yang merangkumi seluruh alam semesta ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan. Kajian juga menunjukkan, atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan dan saling bertindih antara satu sama yang lain. Kajian ini telah terbukti benar yang telah disebut dan dicatat setelah sekian lama di dalam Al-Quran.
Melalui kajian yang telah dibuat, saintis telah menemui bahawa atmosfera dunia ini terdiri daripada lapisan yang berbeza dari segi fizikal berdasarkan tekanan atmosfera dan kandungan gas nya. Mengikut kajian, . Lapisan atmosfera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ion yang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.




Jika kita gabungkan semua lapisan tadi iaitu troposfera, stratosfera, ozonosfera, mesosfera, termosfera, ionosfera dan eksosfera, jelas terbukti kebenaran dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa alam semesta ini terdiri daripada 7 lapisan. Penemuan tentang kejadian ini teleh dijumpai pada abad ke 20. Namun, perkara ini teleh terlebih dahulu disebut di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu.




KESIMPULAN
Allah telah menurunkan kitab suci Al-Quran kepada manusia sejak 14 abad yang lalu sebagai petunjuk dalam kehidupan manusia. Allah menyeru manusia agar berpegang pada kitab suci ini kerana Al-Quran membimbing manusia ke arah kehidupan yang benar. Al-Quran adalah satu kitab yang kekal sebagai panduan kepada manusia sejak mula ia diturunkan sehinggalah pada hari pengadilan nanti.
Al-Quran adalah kalam Allah yang mengandungi ketinggian bahasa yang digunakan dan terbukti tiada siapa yang mampu menandingi nya. Selain itu, kitab suci ini mengandungi ciri-ciri keajaiban yang membuktikan bahawa Al-Quran adalah wahyu daripada Allah dan bukan satu bentuk penipuan yang telah diuwar-uwarkan oleh orang kafir pada zaman dahulu.
Salah satu ciri keajaiban Al-Quran ialah kenyataan bahawa sejumlah kebenaran saintifik yang hanya mampu disingkap melalui kemajuan teknologi di abad ke 20 ini sebenarnya telah dicatat di dala Al-Quran sejak dari 1400 tahun dahulu. Antara kajian saintifik yang telah terbukti benar tercatat dalam Al-Quran ialah proses kejadian manusia, kejadian siang dan malam, kenyataan bahawa setiap manusia mempunyai kelainan dari segi cap jari, susu ibu dan sebagainya.
Walaupun terdapat pelbagai fakta-fakta ilmiah yang terdapat dalam Al-Quran, namun Al-Quran bukanlah satu kitab yang kita boleh kategorikan sebagai kitab sains. Namun fakta-fakta yang telah dicatatkan terbukti jelas setelah manusia melakukan kajian dengan menggunakan teknologi-teknologi canggih. Antara fakta yang dibuktikan benar di dalam Al-Quran adalah proses kejadian manusia, setiap manusia mempunyai kesan cap jari yang berlainan, kejadian siang dan malam, susu ibu, dan atmosfera bumi yang mempunyai 7 lapisan.
Di sini kita dapat melihat bahawa, Al-Quran adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada manusia yang juga memberi petunjuk kepada manusia. Al-Quran tersingkap 1001 makna yang tidak semua makna isi kandungannya kita ketahui. Marilah kita sama-sama menjaga kesucian Al-Quran dan mengambil pengajaran dari setiap apa yang telah diwahyukan oleh Allah kerana Al-Quran adalah kata-kata Allah yang tidak berhuruf dan bersuara yang juga merupakan panduan akhir zaman bagi setiap umat Islam.



RUJUKAN
1. http://indonesia.faithfreedom.org/forum/mukjizat-ilmiah-dalam-al-quran-ilmu-kedokteran-t38887/
2. http://www.alazim.com/khawarizmi/muatturun/Kejadian_siang_dan_malam_19Feb09.pdf
3. http://scienceandislam.tripod.com/imej/keunikan_alam.htm
4. http://www.harunyahya.com/malaysian/keajaiban04.php


5. Mu’jizat Al-Quran (1)
Penerbit : PUSTAKA NASIONAL
Pengarang: Muhammad Mutawalli Sya’rawi.

6. Perkembangan Manusia Menurut Al-Quran dan Hadis
Dr. Mohammed Ali Albar : Pakar Perunding Perubatan Islam, Pusat penyelidikan perubatan Sultan Fahad, Universiti Sultan Abdul Aziz
Terjemahan: Prof. Madya Dr. Rusli Bin Haji Nordin.
Penerbit: CRESCENT NEWS (K.L) SDN.BHD

Sunday, September 26, 2010

Thursday, September 2, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersamanya
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.