Tuesday, January 4, 2011

seKaDar peRkongSian~~




Assalamualaikum….
Bersyukur kpd Allah atas kurniaanNYA…Alhamdulillah..meniti ke alam sem 4,,huhuhu..
Sem yg agk mncabar bgi sy dgan 4 sbjek core bio,,,
Keempat-empat memerlukan attention yg sme byk,,hihihi..
Appn,,,insyaAllah,,,sy akn gnakan peluang yg ad untk terus menimba ilmuNYA…
Pejam celik pejam celik,,,taun depan dah nk grad,,,
Hapy2,,tp berdebar pn ad,,,lpas ni jd ap la eh??
Hhuhuhu…smbung master pn best gak,,
2 taun,,,dlm 24 dah grad,,uiisshhhhhhhhhh angan2 tggi tol,,
Appn…sy hanya merancang,,,DIA yg menentukan sgalanya..

Hihihi,,,lari tjok,,,
Ari ni sy terpanggil nk menulis kat blog nih,,,emmm psal ap eh??
Sblom ni copy paste je,,hik3…tgok org ad blog,,sy pn gatai nk berblog gak,,
Ikot kreativiti msing2,,,ad yg gne blog nk berpolitik,,
Luah rase x puas ati,,,emm berdakwah kearah Islamic,,catat diari seharian,,
Emm mcm2 la,,,
Hobi bru skq,,,BLOG WALKING,,hik3! ^^
Ok la….back tu subjek..

Ap tu akhlak??
Akhlak dri segi bhsa ‘kholak’..dan dri segi istilah ialah situasi jiwa yg akn lahir drinya tgkah laku
Tanpa perlu berfikir…
Mnusia terdiri drpd 2 unsur iaitu spiritual(roh) dan fizikal(tanah dan air)

Emm msti kite smua pernah dgar kan ayat ni..
Org tu berakhlak..byi nye mcm org tu bek,,,
Tp hakikatnya akhlak ni x semestinya bwa mksud yg bek je,,
Akhlak terbahagi kpd dua,,,mahmudah n mazmumah,,,
Semua terletak dlm dalaman…ap yg kta lakukan tanpa berfikir,,
Klau kita fikir positif maka ap yg akn kita zahirkan adalah positif,,,
Emm Alhamdulillah,,,sy dapat stu pengalamn baru mse tahun bru ari tu,,,
Sy sertai operasi syang remaja tahun 2011 kat pntai bersih,,
First time sy tgk lumrah khidupan sebenar,, ,,,1st time??hahah,,,yke??
Emm tu la hakikatnya,,,
sy ni dok kat pggiran kota,,
Aktiviti mlm ni x berlaku depan mata,,,
Pkul 2 3 pg,,ank2 dara msih lg berkeliaran kat stu,,mlam mcm siang..
Wahh serronok ehh deme smbut thun bru??? Tp knp??
Wajibkah semua hiburan2 mlam begitu?
Pergaulan lelaki dan prempuan tiada batasan? masyaAllah,,,,
Sy dan rkan2 yg len mnjalankan tgas semampu yg mgkin,,,
Smga suatu hri nnt mreka akn tersedar sndiri,,,
sy xde hak nk menilai org len,,, emm sebagai renungan..

Syeikh Abdulkadir Al Jailani telah memberikan beberapa panduan tentang bagaimana untuk sentiasa bersangka baik sesama manusia.Dibawah adalah panduan dari beliau:

Jika kita bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik dari kita.

Ucapkanlah di dalam hati :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika kita bertemu anak kecil,

Ucapkanlah di dalam hati :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika kita bertemu orang yang lebih tua,

Ucapkanlah di dalam hati :

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika kita bertemu dengan seorang yang berilmu,

Maka ucapkanlah di dalam hati:

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika kita bertemu dengan seorang yang bodoh,

Maka katakanlah di dalam hati :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika kita bertemu dengan orang kafir,

Maka katakanlah di dalam hati :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk


Ap yg sy mmpu hanya mahu merubah diri kearah yg lbih bek…insyaAllah….

Saturday, January 1, 2011

biCara teNtang cinTa

Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai? Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki...Tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini?

Cinta Itu Indah.. Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah.. Bila Tujuannya Kerana Allah.. Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. :)

JiKa engkau suDah mengenal ALLAH,
maka cukUplah ALLAH di hatimu,
WaHai hati, engKAu mengakui
mencintai ALLAH, sedangkan engKau
berMaksiat kepaDa-Nya,
wahai jiWa, bukankah seoRang pencinta
akan tunduk kepada yang diCintainYa??

Bangkitlah wahai pemuda dan pemudi Islam! Jiwa pemuda yg sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir mjd kuncup kerana terjerat dgn percintaan.. Jiwa pemudi yg sepatutnya disirami dgn kesopanan dan kesolehan di dada mjd kotor dek cinta yg ternoda..

Antara nafsu dan iman, sering menjadi pilihan..antara Allah dan syaitan, penentu kekuatan iman.. antara dunia dan akhirat, dua2 kena seimbangkan.. andai nafsu, syaitan dan dunia semata-mata bermaharaja dalam diri, itu membuktikan betapa tandus dan kontangnya cinta kita terhadapNya..

Serahkan cintamu pada ALLAH, kelak, kau takkan kecewa..salurkan rindumu pada Rasulullah, nescaya kau akan merasa bahagia..suburkan sayangmu pada Ibu Bapa, pasti kau gembira melihat mereka..siramlah perasaan kasihmu pada Sahabat-sahabat yang mengalirkanmu ke jalan kebenaran..bersihkanlah HATImu untuk bertemu dengan sekeping HATI suci pilihanNya..

tips bErgeMbiRa~

"Jangan ada benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos mahupun guru dan pensyarah. Perasaan benci itu merosakkan niat dan keikhlasan anda. Ibarat 'api dalam sekam', yang akan membangkitkan pergaduhan."

"Jangan terlalu bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian. Don't worry be happy!!"

"Hidup secara sederhana adalah tuntutan agama Islam. Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna, dan tidak popular tetapi sekurang-kurangnya kamu mempunyai ketenangan di hati."

"Jangan terlalu mengharap. Kadang-kadang pengahrapan itu akan mengecewakan anda. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlalu mengharap yang besar dan yang tak mungkin akan menjadi milik kamu."

"Sentiasa bersabar dengan apa jua kerenah dan kelakuan orang di sekeliling kita. Sikap sabar dapat menenangkan jiwa dan hati kita. Sabar juga dapat mendidik kita untuk terus tekun menjalani hari-hari dalam kehidupan yang kita lalui."

antaRa suka daN ciNta~

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita kan gembira.

Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita kan tunjukkan imej diri kita yang sebenar.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka pula bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata.