Saturday, October 6, 2012

amin amin amin.....




YA  ALLAH..
Kurniakan aku suami yang mencintaiMU lebih dari segala galanya
Kurniakan aku suami yang mencintaiku kerana MU


YA ALLAH..
Berkatilah dia jodohku,
Pandulah jalannya YA ALLAH walau di mana dia berada
Berikanlah petunjuk hidayahMU kepadanya


YA ALLAH..
Engkau yang  maha mengetahui maha bijaksana
Telah Engkau catatkan segala yang terbaik untuk hamba hambaMU
Seandainya ada jodohku didunia
Ku harapkan agar jodohku dengannya berkekalan hingga ke syurga
Ingin sekali aku menjadi bidadarinya di dunia dan di akhirat sana


YA ALLAH..
Ampunilah dosa dosaku
Jadikanlah aku anak yang berjasa dengan kedua ibu bapaku
Jadikanlah aku manusia yang berbudi di bumiMU
Ilhamkan aku dengan segala kebaikan
Panduilah langkahku YA RABB
Serta lindungilah aku serta keluargaku, guru guruku dan saudara-saudara seagama denganku
Sesungguhnya Engkau sebaik baik Pelindung.

** segala yang ada bermula dari yang maha Esa
** semoga jodoh kita berkekalan sampai ke syurga.. ;)